Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan­-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, me­ngisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; pengosongan perihal atau perbuatan mengo­songkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1 tidak berisi apa-apa: botol ~; gelas ~. 2 nombor O; sifar: Utk memanggil operator telefon, dail nombor ~. 3 tidak ada orang yg mendiaminya; tidak bertulis apa-apa; belum ada orang yg memegangnya (menyandangnya): rumah ~; kertas ~; jawatan (kerja) ~. mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada orang yg mendudukinya, menyandangnya dll): Beliau telah mengisi jawatan pengurus yg telah dikosongkan oleh rakannya itu. kekosongan keadaan kosong. pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan: ~ bilik itu adalah utk membolehkan kerja-kerja baik pulih dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,

Puisi
 

Kalau ada kereta api,
     Pergi ke Panggor membeli benang;
Sudah suka hati,
     Perut kosong menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut kosong,
     dibuat gulai.

Bermaksud :

Keinginan timbul bila dalam kekurangan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blankkosong; contoh-kosong; halaman kosongPerpustakaanTiada1. Huruf atau simbol mesin yang menandakan kewujudan maklumat tanpa maksud dan makna.,2. Bahagian perantaraan atau medium yang tidak mempunyai huruf atau simbol.
blankkosong; contoh-kosong; kawasan kosongPerhutananTiadaTiada
blankkosong; contoh-kosong; padamKejuruteraanTiadaTiada
blank pagehalaman kosong/ muka surat kosongPerpustakaanTiadaHalaman pada sesebuah buku yang tidak bercetak dengan sebarang cetakan.
data compression techniqueteknik pemampatan dataKomputerTiadaTeknik yang digunakan untuk menjimatkan ruang storan data dengan menghapuskan ruang kosong, medan kosong, data lewah, atau data yang tidak diperlukan bagi memendekkan panjang rekod atau blok data.
blind embossing (printing)cetak timbul kosong; terap timbul kosongGeografiTiadaTiada
blank pipepaip kosongKejuruteraanPetroleumSebarang paip yang keadaannya seperti dalam keadaan asal, iaitu tidak mengalami proses pene- bukan sehinggakan paip berkenaan tidak mengandungi lubang tebukan. Biasanya dirujukkan kepada selongsong, dan kadang kala dikenali juga sebagai selongsong kosong. Rujuk : selongsong kosong.
love allkosong samaSukanTiadaKiraan mata kosong bagi kedua-dua pihak apabila sesuatu permainan bermula.
ducktunduk (Tinju), pukulan kosongSukanTiadaPukulan kosong: Pukulan yang dibuat oleh pemukul, yang terkeluar tanpa membuat larian.
blank bookbuku kosongPerpustakaanTiadaBuku berjilid yang mengandung helaian kosong sahaja, digunakan untuk nota, rekod, catatan kira-kira, dan sebagainya.
12345678910...

Kembali ke atas