Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan bandar, bandar raya, dan kota raya? Bolehkah "city" diterjemahkan kepada kota raya bagi istilah pelancongan?
Bandar ialah tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan. Bandar Raya ialah  yang besar lagi penting yang biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih atau digelar juga sebagai kota rayaKota Raya ialah  bandar raya yang besar.  Berdasarkan makna ketiga-tiga perkataan tersebut tidak ada perbezaanya. Oleh itu, istilah kota raya boleh digunakan  dalam istilah pelancongan kerana membawa makna yang sama.
Istilah18.09.2020
"Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai" atau "Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai"?Ejaan yang betul ialah "Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai". Ejaan18.08.2011
Dua nama yang mungkin digunakan setelah bandar Kota Bharu dinaik taraf sebagai bandar raya penuh, iaitu Majlis Bandar Raya Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Majlis Bandar Raya Kota Bharu Islamik. Yang mana satu paling tepat dan betul?Ungkapan yang paling tepat ialah Majlis Bandar Raya Kota Bharu atau Bandar Raya Islam.Tatabahasa01.03.2007
1adakah ayat ini ayat penyata? baiklah, ibu. 2brown dalam bhs melayu perang atau coklat? atau kedua-dua betul? terima kasih.Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan suatu penyataan atau mengemukakan . Ayat keterangan tentang sesuatu perkara. Ayat penyata sering juga disebut ayat keterangan. Contoh ayat ialah:
1. Bapa saya wartawan di utusan Melayu
2. Mereka meninggalkan kota raya itu semalam.
Oleh itu, ayat yang diberikan bukan ayat penyata.

Dalam pangkalan data DBP, terdapat dua padanan bahasa Melayu untuk "brown", iaitu perang dan coklat.
Tatabahasa03.10.2014
Tepatkah penggunaan huruf besar / kecil untuk ayat yang bertanda " "berikut: Noni tinggal di "bandar raya Kota Bharu Islam / Islamik"?Kota Bharu Bandar Raya Islam .Tatabahasa07.03.2007
Saya amat keliru dengan beberapa nama bazar atau pasar larut malam yang menggunakan nama seperti Damansara Uptown (di pinggir bandar raya Kuala Lumpur), Kota Bharu Uptown (di pusat bandar raya Kota Bharu), dan Downtown Kubang Kerian (juga di Kota Bharu). Sebenarnya apakah istilah yang paling tepat untuk bazar atau pasar larut malam? "Uptown" atau "downtown"?

Mengikut data DBP, istilah “uptown” dalam bidang geografi merujuk pada “pinggir bandar”. Manakala “downtown” merujuk pada “pusat bandar raya” dalam istilah sains politik dan geografi, dan “pusat bandar” untuk istilah pelancongan.  Daripada pemerian ini, penggunaan dalam masyarakat menggunakan “Uptown” untuk bazar yang terletak di pinggir bandar, manakala sekiranya bazar di kawasan pusat bandar akan dinamai “Downtown”. Namun demikian, istilah “uptown” dan “downtown” untuk merujuk bazar larut malam belum dimasukkan sebagai entri Kamus.  

Istilah19.03.2014
Antara tiga nama bagi kerajaan tempatan berikut, yang manakah tepat (1) Majlis Perbandaran Bandar Raya Pelancongan Langkawi; (2) Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah; dan (3) Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam? Yang mana satu yang betul?Yang betul ialah Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.Lain-lain26.06.2006
maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati.

Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina.

Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna07.07.2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasihAyat pertama dan kedua adalah betul.Tatabahasa08.08.2013
Salam Mohon tanya yang mana satukah ayat yang betul (sama ada ayat 1 atau ayat 2). Diharap tuan dapat memberi alasan tentangnya. 1) Pasar raya yang baru dibuka itu hanya menjual barangan keluaran Malaysia sahaja. 2) Pasar raya yang baru dibuka itu tidak menjual barangan keluaran Malaysia sahaja. Drp: Izani b. Hj. Daud Kota Bharu.Kedua-dua ayat itu betu, ayat pertama menekankan bahawa pasar raya itu hanya menjual barangan keluaran Malaysia, manakala ayat kedua memaklumkan bahawa pasar raya itu tidak menjual barangan keluaran Malaysia sahaja.Tatabahasa21.05.2012
12

Kembali ke atas