Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.tor] | کوتور

Definisi : 1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemar­kan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), ke­burukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotor­kan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.tor] | کوتور

Definisi : 1 tidak bersih; cemar: Lalat suka hinggap di tempat yg ~. 2 tidak baik (bkn perkataan, perbuatan dll); tidak senonoh; keji: Ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan perkataan yg ~. ~ mulut suka bercakap ttg perkara yg tidak senonoh. mengotori menjadikan kotor (oleh sesuatu yg bersifat kotor): Sampah sarap yg ~ lantai itu disapunya. mengotorkan 1 menyebabkan menjadi kotor (oleh seseorang dgn menggunakan sesuatu yg bersifat kotor): Sekumpulan budak nakal telah ~ lantai sekolah dgn lumpur. 2 menyebabkan sesuatu menjadi kotor atau cemar (dgn melakukan sesuatu); mencemarkan: Dia telah ~ nama baik keluarganya. kotoran sesuatu yg kotor (spt najis, sampah dll). kekotoran keadaan kotor; kecemaran: ~ udara dpt mendatangkan penyakit. pengotoran perihal (perbuatan) dsb menjadikan atau menyebabkan kotor. pengotor orang yg tidak menghiraukan kebersihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kotor (adjektif)
1. Bersinonim dengan cemar
Berantonim dengan bersih

2. Bersinonim dengan lucah: keji, tidak senonoh, cabul, jijik, durjana,
Berantonim dengan halus

Kata Terbitan : mengotorkan, kotoran, kekotoran, pengotoran, pengotor,

Peribahasa

Kotor dicuci,
     berabu dijentik.

Bermaksud :

Apa yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dirty bitbit kotorKomputerTiadaBit taraf yang terdapat dalam ruas atau halaman ingatan untuk menunjukkan sama ada ruas atau halaman tersebut telah digunakan atau diubahsuai oleh suatu proses. Bit taraf ini menjadi kotor atau terset apabila ruas atau halaman ingatan berkenaan menjadi kotor kerana penulisan data padanya.
dirt-bandjalur air kotorGeografiTiadaJalur ais yang kotor atau tercemar mengandungi kandungan debu, puing dan sut. Jalur tersebut menunjukkan musim pengaruh ablasi dan pembentukan firn.
stain repellent for finish materialskain kalis kotorKesenianTiadaKemasan yang dilakukan ke atas fabrik kalis dari kesan kotor.
dirty floatapungan kotorEkonomiTiadaPentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus.
dirtykotorKejuruteraanTiadaTiada
soilingkotorKesenianTiadaTiada
dirty copynaskhah kotorPerpustakaanTiadaTiada
dirty whiteputih kotorKesenianTiadaTiada
dish washair kotorKejuruteraanTiadaTiada
dirt resistanttahan kotorPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas