Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ya/] | کويق

Definisi : carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup ber­korban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-­laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan me­nyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(­carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ya/] | کويق

Definisi : sobek (bkn kain, kertas dll); carik; robek: Bajunya ~ terkait onak. Buku itu sudah ~. ~ rabak koyak yg panjang dan lebar. mengoyakkan menjadikan koyak (carik); menyiat; mencarik: ~ kertas; ~ sampul surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain putih koyak di tengah,
     Pakaian anak naik ke hulu;
Tengah kasih datang fitnah,
     Biar saya berundur dahulu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Koyak tak berbunyi.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
snag 3. tear, hole in fabric etc caused by sharp object, koyak: the thorny underbrush had made ~s in her stockings, semak yg berduri itu telah menyebabkan stokingnya koyak-koyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
raggedadj 1. tattered, koyak-rabak, compang-camping: a ~ shirt, kemeja yg koyak-rabak; 2. dressed in ragged clothes, berpakaian /koyak-rabak, compang-camping/: a ~ old man, lelaki tua yg berpakaian koyak-rabak; 3. unkempt, shaggy, kusut-masai: ~ hair, rambut yg kusut-masai; 4. jagged, bergerigis: the ~ edge of the torn paper, kertas yg koyak yg bergerigis tepinya; ~ rocks, batu yg bergerigis; 5. uneven, irregular, sumbang: a ~ beat, rentak yg sumbang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snag vt catch as on a snag, (act.) menyebabkan [sst] koyak; (pass. and when subj is person) koyak: he ~ged his jacket while crawling through the barbed wire fence, jaketnya koyak semasa menyusup melalui pagar dawai berduri itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ragsn old and torn clothes, pakaian /koyak-rabak, compang-camping/; ~ to riches, drpd /susah, miskin/ menjadi /senang, kaya/; in ~, koyak-rabak, compang-camping; to ~, /sampai, hingga/ /koyak-rabak, compang-camping/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
raggedlyadv koyak-rabak, compang-camping: a ~ dressed woman, perempuan yg berpakaian koyak-rabak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rent 2 n koyak: a ~ in the sheet, koyak pd cadar itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tear2n rip, koyak: there is a ~ in the material, kain itu koyak sedikit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snag ~ st on, sst koyak akibat tersangkut pd [sst]: she ~ged her sweater on a bramble, baju panasnya koyak akibat tersangkut pd pokok beri berduri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tornadj 1. ripped, koyak: the ~ dress has been mended, baju yg koyak itu sudah dijahit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tattersn; in ~, a. (of clothes) koyak-rabak, compang-camping: his coat was in ~ after the fight, kotnya koyak-rabak selepas bergaduh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas