Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kréa.ti.vi.ti] | کرياتيۏيتي

Definisi : (kréativiti) kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan: ~ seniman; ~ sastera; ~ dlm penggunaan bahasa; berkreativiti melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kreativiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan daya cipta, daya usaha.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ASSALAMMUALAIKUM. SAYA NAK MEMASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TEMA INI SAMAADA BETUL ATAU TIDAK ATAU YANG LEBIH SESUAI PENGGUNAANNYA SEPERTI SENARAI DIBAWAH. "INOVASI MENJANA TRANSFORMASI, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI MENAKHLUKI EKSPEKTASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENTRANSFORMASI GLOBALISASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENJANA TRANSFORMASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI, PEMANGKIN KUALITI, MELENGKAPI EKSPEKTASI"Tema atau cogan kata lazimnya ringkas dan mudah diingat. Berdasarkan senarai yang ada, kami cadangkan "Inovasi Menjana Transformasi" atau "Inovasi Pencetus Inspiras" atau tema lain yang ringaks, tepat dan difahami.

Tatabahasa26.07.2013
Ketepatan Tema: Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti. Bolehkah digunapakai?Frasa "Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti" tidak tepat dari segi maknanya. Cuba lihat makna tiap patah kata satu per satu, transformasi bermaksud perubahan bentuk, kreativiti bermaksud kebolehan mencipta/daya kreatif, inovatif bermaksud bersifat inovasi dan berkualiti.Tatabahasa18.03.2013
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah bagi ayat berikut. "Merancakkan Kreativiti, Membudayakan Inovasi". Adakah istilah ini sesuai digunakan dalam penulisan artikel? Adakah padanan bagi merancakkan kreativiti, membudayakan inovasi itu sesuai sekiranya digabungkan? Terima kasihCadangan lain yang boleh dipertimbangkan ialah "Semarakkan Kreativiti, Budayakan Inovasi". Perkataan rancak boleh digantikan dengan semarak yang lebih bersifat memujuk dan mengajak.Istilah25.08.2014
Selamat pagi, boleh tanya apakah perbezaan antara kreativiti dan inovasi. Terima kasih.

kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta;

inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka;

Makna15.12.2016
Saya inginkan pencerahan dan pengesahaan bagi kata "budaya". Adakah boleh menambah imbuhan "di" menjadi "dibudaya". Kerana saya ingin membuat ayat untuk slogan ini: "Kreativiti Dijana, Inovasi Dibudaya". Mohon pencerahan adakah tepat untuk meletakkan perkataan "dibudaya" tersebut. Sekian, terima kasih.Perkataan "dibudaya" tidak tepat, sebaliknya "dibudayakan". Berkenaan slogan Saudara, cadangan kami ditambah baik menjadi "Menjanakan Kreativiti, Membudayakan Inovasi".Penyemakan dan penterjemahan22.09.2015
Slogan mana yang lebih tepat dari segi penggunaan bahasanya :- • Pembudayaan Kreativiti Pencetus Transformasi atau • Pembudayaan Kreatif Pencetus Transformasi Terima kasihSlogan yang lebih tepat ialah " Pembudayaan Kreatif Pencetus Transformasi"Tatabahasa21.02.2014
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan.

Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi.  Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan.

Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. 

Makna25.04.2011
Bagaimanakah ejaan yang betul bagi `alpha' dalam konteks ayat ini: "Semasa hendak tidur, minda anda berada pada tahap alpha. Dalam keadaan alpha, anda mengalami aliran pemikiran yang hebat untk menjana idea dan kreativiti. Apakah sesuai diganti ejaannya dengan `alfa' atau dikekalkan `alpha'? Telah disemak dalam `Kamus Dewan ' dan `Kamus Inggeris-Melayu Dewan' tetapi tiada terjemahan yang tepat.Tuan boleh menggunakan ejaan "alfa" bagi istilah "alpha". Terima kasih.Istilah12.06.2014
Assalamualaikum....saya nak tau makna bagi 'nyiur gading puncak mahligai' Boleh saya tau dimana / dengan siapa saya boleh rujuk? Terima kasihTidak ada maklumat tentang ungkapan tersebut dalam pangkalan data kami. Ungkapan dalam lagu terhasil daripada kreativiti penulisnya sendiri, hanya dia yang mengetahui maksud sebenar yang hendak disampaikan.Makna24.03.2015
Salam 1Malaysia, saya ingin bertanya kepada tuan/puan berkenaan penggunaan perkataan dalam tajuk thesis saya, adakah sesuai atau tidak dalam penggunaannya. Berikut tajuk thesis; "PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI SUBJEK APLIKASI KOMPUTER GRAFIK BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK KE ARAH MEMBENTUK KREATIVITI PELAJAR SPH" Soalan: 1. Adakah perkataan "membentuk" dalam ayat thesis saya sesuai dan jelaskan. 2. Berikan cadangan perkataan yang sesuai untuk ayat thesis saya jika ia tidak sesuai. kenapa? 3. jika terdapat dalam mana-mana penggunaan perkataan yang tidak sesuai dalam ayat tersebut, sila kemuka dan jelaskan. sekian, terima kasih atas khidmat bantuan yang diberikan.

Saudara,

Untuk mendapatkan tajuk yang baik dan sesuai adalah lebih baik saudara membincangkannya dengan pensyarah atau penyelia saudara. Ruangan ini disediakan untuk menyelesaikan keraguan tentang penggunaan bahasa khususnya tatabahasa. 

Lain-lain09.11.2010
123

Kembali ke atas