Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kréa.ti.vi.ti] | کرياتيۏيتي

Definisi : (kréativiti) kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan: ~ seniman; ~ sastera; ~ dlm penggunaan bahasa; berkreativiti melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kreativiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan daya cipta, daya usaha.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collective creativitykreativiti kolektifKesusasteraanTiadaKarya kreatif yang dihasilkan secara bersama dan tidak mempunyai pengarang secara khusus. Contoh: cerita lipur lara.
creativitydaya cipta/daya pengaryaan/kreativitiKesenianTiadaTiada
plagiarismciplakanKesusasteraanPuisiPuisi yang dihasilkan bukan daripada kreativiti sendiri tetapi diambil daripada penyair lain.
progressive educationpendidikan progresifPendidikanTiadaFalsafah John Dewey yang memberi tekanan kepada demokrasi, kreativiti dan hubungan rapat antara guru dengan pelajar, sekolah dan masyarakat.
original workkerja asalPentadbiran PerniagaanTiadaBidang tanggungjawab setiausaha yang memerlukan daya usaha dan kreativiti untuk membantu ketua.
personnel developmentpembangunan personelPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah yang digunakan oleh majikan bagi meningkatkan kecekapan, inovasi dan kreativiti kakitangan dalam organisasi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kaedah ini merupakan satu daripada fungsi pengurusan sumber manusia yang utama yang bukan sahaja mencakupi pendedahan dalam konteks program latihan dan pembangunan kakitangan, malah merangkumi dua proses penting, iaitu perancangan kerjaya dan penilaian prestasi. Tiga aspek utama yang ditekankan dalam kaedah ini ialah latihan dan pembangunan, perancangan kerjaya dan penilaian prestasi. Aspek latihan dan pembangunan dilaksanakan dengan tujuan untuk melahirkan kakitangan yang berkaliber, berdaya saing dan mahir, di samping memberikan pendedahan dari segi pembelajaran yang lebih efisien. Manakala aspek perancangan kerjaya merupakan suatu proses berterusan yang harus dirancang dan ditetapkan matlamat kerjaya. Dalam konteks ini, pembangunan kerjaya dilihat sebagai asas kepada pekerja untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh organisasi. Walau bagaimanapun, majikan harus memainkan peranan penting dalam membantu pekerja mencapai matlamat organisasi. Aspek terakhir ialah aspek penilaian prestasi yang digunakan untuk menilai prestasi dan tahap kecekapan pekerja. Penilaian prestasi biasanya dilaksanakan setahun sekali untuk tujuan penetapan ganjaran kakitangan. Aspek ini mendedahkan kelemahan dan kekuatan kakitangan dan seterusnya boleh membantu mereka memperbaik kelemahan dan mempertingkatkan prestasi ke arah pencapaian matlamat organisasi.

gifted childrenanak berbakatPendidikanTiadaKanak-kanak yang dikenal pasti memiliki atau menunjukkan potensi dan kebolehan intelektual dan kreativiti yang tinggi dalam bidang akademik, kepemimpinan dan kesenian.
universal languagebahasa sejagatSosiolinguistikTiadaBahasa umum yang digunakan oleh manusia yang boleh dikenal pasti dengan penggunaan tajuk-tajuk seperti kreativiti, kerefleksifan, keduaan, dan lain-lain.
patchworktampal cantumKesenianHiasan DalamanKarya seni yang dihasilkan dengan menampal atau menjahit cebisan bahan, seperti kain dan kertas pada sesuatu permukaan. Tampal cantum akan dinilai berdasarkan kehalusan kreativiti kerja dan bahan yang digunakan. Contohnya, tampalan pada cadar atau sebarang objek yang dijadikan hiasan dinding.
engraverpengukirArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiIndividu yang mahir dalam menghasilkan suatu seni tangan yang halus dengan cara mengukir bahan seperti kayu, logam, tembikar dan emas. Kepandaian dan kreativiti seseorang pengukir merupakan bakat semula jadi yang telah sedia ada dalam diri seseorang pengukir. Seni ukir ini amat penting kerana amat dititikberatkan oleh golongan pemerintah pada zaman dahulu sehingga muncul beberapa pengukir khas di sesebuah istana.
123

Kembali ke atas