Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kré.di.bi.li.ti] | کريديبيليتي

Definisi : (krédibiliti) sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan: apakah krisis dlm bidang kehakiman ini telah merosotkan ~nya sbg badan pendukung keadilan dan undang-undang? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kredibiliti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kebolehpercayaan, kebertanggungjawapan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD PERKATAAN KREDIBILITIKredibiliti ialah sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan.Makna28.06.2007
Mardhiyyah Nor Azizan Oct 23rd, 10:21pm Salam alaik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya tidak dapat menghantar mesej ke akaun Facebook rasmi Bajet 2016. Hal ini demikian kerana akaun tersebut tidak menyediakan pilihan tersebut. Saya berharap agar pihak Tuan dapat menegur pihak penyelia laman, agar menggunakan ejaan lengkap, bukan singkatan, bagi memartabatkan bahasa dan menjaga kredibiliti agensi kerajaan. ini adalah url untuk ditegur atau dipantau https://m.facebook.com/bajet2016Terima kasih atas makluman puan berhubung dengan perkara tersebut.Lain-lain23.10.2015
Saya cadangkan DBP menggantikan Koleksi Lembar Bahasa Bil. 1/2007 kepada yang baru dalam siaran laman web DBP memandangkan ia mengandungi beberapa perkataan yang mengelirukan seperti "Fefinisi", "Cedekiawan". Ya, saya faham ia telah dimuatkan dalam Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook. Namun demikian, siaran dalam "Pedoman/Lembar Bahasa" masih dibiarkan berterusan tanpa apa-apa pembetulan. Ia pasti akan "mislead"(salah bimbing) pembaca dan juga menjejaskan kredibiliti DBP dan kualiti perkhidmatannya. Dicadangkan juga "Penyemak Kualiti" untuk setiap siaran di laman web DBP.Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Hal ini akan kami perbaiki segera agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada para pengguna.Lain-lain10.05.2013
Salam sejahtera Munsyi Dewan. Terdapat beberapa banyak perkara yang berkontradik antara Kamus Dewan (KD) dan Tatabahasa Dewan (TD). Terdapat juga penjelasan yang kontradik antara Munsyi Dewan (MD) dengan TD. Antaranya termasuklah penggunaan kata sendi nama 'terhadap' dan 'tentang'. (i) TD vs KD: Dalam TD terdapat frasa 'mengambil berat terhadap kebajikan orang-orang kampung' seharusnya 'mengambil berat tentang kebajikan orang-orang kampung'. Dalam KD pula, terdapat frasa 'mengambil berat terhadap sesuatu (abstrak/mujarad), misalnya mengambil berat terhadap nasihat orang lain. (ii) MD vs TD Frasa 'curiga terhadap kesungguhan pekerja' adalah betul dari segi tatabahasa. Tetapi, menurut TD, frasa 'curiga terhadap kejujuran anak buahnya' seharusnya 'curiga tentang kejujuran anak buahnya' adalah betul, bukan 'curiga terhadap kejujuran anak buahnya. Kedua-dua penjelasan yang kontradik ini adalah antara contoh yang jelas menimbulkan kekeliruan antara pengguna bahasa seperti saya, sementelahan menjejaskan kredibiliti TD, KD, dan MD sebagai rujukan perdana pengguna-pengguna bahasa. Sebagai guru bahasa yang memperjuangkan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar utama, saya berasa agak kecewa dengan senario tersebut. Sekian.

Pihak kami mengambil maklum pandangan tuan dalam hal ini. Kami berpegang kepada tafsiran bahawa kata sendi nama “terhadap” digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil “terhadap”  anak buahnya. ii.  Tanamilah rasa belas kasihan “terhadap” binatang. Kata sendi nama “tentang” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang “tentang” masalah negara. ii. Kami perlu merujuk ketua kami dahulu “tentang” kelewatan bayaran.

Tatabahasa26.04.2014
CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT

Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif  supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini:

1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000

2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004.

Lain-lain31.08.2009

Kembali ke atas