Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kré.di.bi.li.ti] | کريديبيليتي

Definisi : (krédibiliti) sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan: apakah krisis dlm bidang kehakiman ini telah merosotkan ~nya sbg badan pendukung keadilan dan undang-undang? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kredibiliti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kebolehpercayaan, kebertanggungjawapan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
performance standardpiawai prestasiPentadbiranPentadbiran Awam

Satu bentuk pengukuran prestasi individu atau sesebuah organisasi yang berdasarkan kepada prosedur tertentu yang telah ditetapkan bagi menjamin kualiti dan kredibiliti. Piawai yang ditetapkan ini akan menunjukkan tingkat pencapaian apabila ukuran prestasi semasa dinilai sama ada telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Ia juga sering kali merujuk kepada satu piawai yang tinggi atau lengkap, melibatkan pelbagai bahagian pentadbiran seperti operasi, kewangan, perundangan dan pembangunan organisasi. Walau bagaimanapun, piawai prestasi antara sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain adalah berbeza kerana wujudnya sistem pentadbiran dan pengurusan yang berbeza.

customer caremesra pelangganPentadbiranPentadbiran Awam

Layanan baik dan sempurna yang diberikan oleh petugas sesebuah organisasi atau pihak tertentu kepada orang ramai. Konsep mesra pelanggan penting untuk meningkatkan imej dan kredibiliti organisasi di samping memperkukuhkan kedudukan ekonomi organisasi tersebut. Dalam perkhidmatan awam Malaysia, ia diperkenalkan melalui kempen atau slogan yang ditujukan khusus kepada kakitangan awam dalam urusan layanan, bantuan dan khidmat pelanggan. Melalui kempen ini, kakitangan organisasi diharap dapat menghayati konsep ini dan menterjemahkannya dalam bentuk khidmat layanan terbaik. Secara tidak langsung, ia dapat mengelak perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang awam khususnya apabila mereka berurusan di kaunter pelanggan.

civil service regulationperaturan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Undang-undang, kawalan dan kaedah pengurusan secara langsung ke atas kakitangan awam. Peraturan ini menjadi panduan asas yang wajib dipatuhi oleh semua kakitangan awam. Peraturan ini juga diwujudkan bagi memastikan perkhidmatan awam mencapai satu tahap kredibiliti yang tinggi, mempunyai imej yang bersih, bertanggungjawab, professional, adil dan saksama, telus, amanah, jujur, berdisiplin dan berintegriti. Perkhidmatan awam yang cemerlang berupaya mendukung pembangunan negara dan meningkatkan kualiti penghidupan masyarakat. Contoh peraturan perkhidmatan awam ialah Perintah-Perintah Am (Bab A hingga Bab G) dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam.

administrative capacitykemampuan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Kebolehan atau keupayaan sesebuah organisasi dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab pentadbiran. Kemampuan pentadbiran melibatkan bekalan sumber yang mencukupi, kecekapan pengurusan, kemahiran kakitangan, penyenggaraan yang terkawal dan pembentukan hubungan kerja yang harmoni. Ukuran kemampuan pentadbiran bukan sahaja tertumpu kepada organisasi tetapi juga melibatkan pihak pengurusan atasan hinggalah kakitangan bawahan. Pada masa yang sama, ia melibatkan kredibiliti organisasi menggunakan sumber secara cekap dengan kos yang rendah dalam mengeluarkan output yang baik.

quality control circle (QCC)kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK) PentadbiranPentadbiran Awam

Sekumpulan individu yang dilantik membentuk satu pasukan kerja untuk mengenal pasti, mengawasi dan memantau kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Antara fungsi utama KMK ialah menetapkan garis panduan mutu kerja yang perlu dipatuhi, memperkemas piawai kualiti kerja, memantau operasi pentadbiran organisasi, menggariskan peraturan dan polisi ke arah pencapaian mutu kerja yang tinggi. Kumpulan ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, keupayaan, ketelusan, kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing, yang akan terbubar apabila matlamat untuk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi dapat dicapai. Contoh pasukan KMK ialah pasukan QC dan TQM.

quality control circle (QCC)kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK)PentadbiranPentadbiran Awam

 Sekumpulan individu yang dilantik, membentuk satu pasukan kerja untuk mengenal pasti, mengawasi dan memantau kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Antara fungsi utama kumpulan meningkatkan mutu kerja ialah menetapkan garis panduan mutu kerja yang perlu dipatuhi, memperkemas piawai kualiti kerja, memantau operasi pentadbiran organisasi, menggariskan peraturan dan polisi ke arah pencapaian mutu kerja yang tinggi. Kumpulan ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, keupayaan, ketelusan, kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing. Kumpulan ini akan dibubarkan apabila matlamat untuk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi telah tercapai. Contoh pasukan KMK ialah pasukan QC dan TQM.

administrative procedure actakta tatacara pentadbiranPentadbiranTiadaSet peraturan dan undang-undang yang menjadi panduan kakitangan sesebuah organisasi dalam melaksanakan bidang tugas yang diamanahkan. Akta tatacara pentadbiran merangkumi pelbagai elemen khusus yang wajib dipatuhi seperti hal yang berkaitan lantikan dan kenaikan pangkat, pengesahan dalam jawatan, penamatan kerja, kelakuan dan tatatertib, tatacara kewangan, hal ehwal perubatan dan prosedur mesyuarat. Akta tatacara pentadbiran bertindak mengawal pelaksanaan sesuatu bidang tugas dan dapat memastikan hal ehwal pentadbiran mencapai tahap kredibiliti yang tinggi, imej yang bersih dan berintegriti. Pelanggaran terhadap akta tatacara pentadbiran boleh dikenakan tindakan undang-undang dan tatatertib. Contohnya, Perintah Am, Akta Acara Kewangan, Arahan Perkhidmatan dan Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor. Sinonim akta prosedur pentadbiran.

Kembali ke atas