Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kréol] | کريول

Definisi : (kréol) (Lin) bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu; pengkreolan perihal mencampuradukkan dua bahasa yg berlainan dlm pertuturan se­hingga bahasa tersebut menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kreol


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH PERBEZAAN ANTARA BAHASA KREOL, BAHASA PIJIN DAN BAHASA ROJAK? SAYA JUGA INGIN MELIHAT CONTOH-CONTOH BAHASA TERSEBUT. TERIMA KASIH..

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat,  Bahasa kreol: bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. Bahasa pijin: bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa rojak:  bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Lain-lain20.03.2011
takrif bahasa dan contoh : - taboo - kreol -kolokial - pigin,

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa kreol: bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Istilah04.07.2010
Saya telah merujuk makna perkataan bahasa pijin, kreol, kolokasi dalam kamus dewan. Apakah contoh-contoh perkataan bagi bahasa ini.Saudara boleh merujuk buku-buku yang berkaitan bahasa tersebut atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau mendapatkan rujukan di mana-mana perpustakaan yang lain.Penyelidikan24.05.2010
Terangkan maksud perkataan berikut dan penggunaannya: a) perkataan taboo (kata larangan) b) pidgin c) kreol d) kolokial e) bahasa rojak

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak:  bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Makna04.07.2010
Assalamualaikum. Boleh terangkan konseo dialek dengan lengkap serta menghuraikan tentang kepelbagaian bahasa yang terdiri daripada Bahasa pijin, kreol, slanga, jargon, koine dan bahasa arkaik. Terima kasihDialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, contohnya dialek Kelantan, dialek Kedah dan sebagainya. Bagi makna bahasa-bahasa tersebut, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, laman web DBP atau menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP.Makna04.10.2009
APAKAH PERBEZAAN ANTARA BAHASA KREOLE DAN BAHASA PIJIN?Mengikut takrifan secara lateral Kamus Dewan bahasa pijin ialah bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain.  Manakala bahasa kreol ialah  bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu.Makna28.05.2009
Subject: PENCARIAN MAKSUD PERKATAAN PEWAI Asslamualaikum wbt, Merujuk perkara di atas, saya benama Nurhilmiyani bt Ismail berminat ingin mencari maksud perkataan pewai dan penggunaan perkataan tersebut. Setelah mencari menggunakan perkhidmatan carian/ carian bestari, saya gagal menemui maksud perkataan tersebut. Berdasarkan pencarian saya sebelum ini, perkataan ini digunakan untuk menggambarkan keadaan yang terlalu letih terutama ketika mendaki gunung/ bukit yang mencabar. Saya berharap pihak DBP dapat membantu saya dan memberi pencerahan yang sewajarnya. Sekian, Terima Kasih -- Nurhilmiyani bt Ismail, Pembantu Penyelidik, Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Hp:013-6319101 Email: nurhilmiyani89@gmail.comKata pewai tidak terakam dalam kamus DBP mahupun korpus DBP.  Selain itu, belum ada kajian berkaitan kata pewai sama ada dialek, slanga, kreol, atau istilah. Kami akan menghubungi puan apabila kami mempunyai maklumat yang berkaitan.Makna14.09.2017

Kembali ke atas