Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kréol] | کريول

Definisi : (kréol) (Lin) bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu; pengkreolan perihal mencampuradukkan dua bahasa yg berlainan dlm pertuturan se­hingga bahasa tersebut menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kreol


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG KREOL

Orang Kreol, di Amerika Selatan atau Amerika

Utara, ialah individu yang nenek moyangnya

peneroka Perancis atau peneroka Sepanyol awal di

Dunia Baru. Perkataan Kreol berasal daripada

perkataan Sepanyol criollo yang bererti penduduk

asal tempat itu . Istilah itu juga merujuk kepada

makanan Kreol dan aspek-aspek lain kebudayaan

Kreol. Di Amerika Syarikat, orang Kreol ialah

keturunan peneroka Perancis atau peneroka

Sepanyol di Negeri-negeri Teluk seperti Louisiana.

Kebanyakan orang Kreol bertutur dalam bahasa

Perancis, Sepanyol, atau Portugis. Makanan orang

Kreol ialah gumbo , sejenis sup, dan praline , sejenis

gula-gula.

UMUM 
BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL

BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL, bahasa yang digunakan oleh masyarakat Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya atau Embok-embok untuk berhubung dengan anggota musyarakat lain dalam hubungan perdagangannya sebagai bahasa perantaraan.

BAHASAKonsep
DE BOISSIERE, RALPH A.C.

De Boissiere, Ralph A.C. (1907– ) ialah

penulis novel dan cerita yang lahir dalam keluarga

Kreol-Perancis yang kaya di Trinidad. Dia ialah

anggota golongan sastera pada tahun 1920-an di

Trinidad dan kerap menyumbang kepada jurnal

budaya Trinidad dari tahun 1929 hingga tahun 1930

dan jurnal The Beacon (1931).

UMUM 
MULATO

Mulato ialah orang berketurunan campuran kulit

putih dan kulit hitam. Istilah mulato juga digunakan

terhadap orang yang mempunyai ibu atau bapa

yang seorang berkulit putih dan seorang berkulit

hitam. Anak daripada orang yang berkulit putih dan

orang mulato dinamakan quadroon. Mulato berbeza

dari segi rupa. Sesetengahnya mempunyai kulit

yang gelap dan rambut keriting dan sesetengahnya

tidak. Istilah kreol sering kali dikelirukan dengan

istilah mulato. Di Amerika Syarikat, kreol ialah orang

kulit putih daripada keturunan selatan Perancis atau

Sepanyol. Lihat juga Amerika Latin (Penduduk;

gambar).

UMUM 
BAHASA-BAHASA SABAH

BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris.

BAHASABahasa

Kembali ke atas