Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.sis] | کريسيسبر

Definisi : keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yg boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan, dll), keadaan yg lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yg genting, kegentingan, kete­gangan, keributan: pucuk pimpinan parti sedang berusaha menyelesaikan ~ yg timbul dlm parti itu; ~ akhlak (moral) kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yg sudah mencapai peringkat yg membimbangkan; ~ ekonomi keadaan eko­nomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; ~ kelaparan keadaan buruk yg menyebabkan kebuluran (kerana kekurangan makanan); ~ kewangan keadaan yg sangat membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (spt kekurangan wang dll); ~ politik ketegangan politik; berkrisis berselisih pendapat (fahaman, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.sis] | کريسيسبر

Definisi : keadaan yg tegang dlm politik dll disebabkan sesuatu masalah yg serius; kekacauan atau keributan (dlm persatuan dll). ~ ekonomi keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
krisis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ketegangan, kegentingan, keributan, perbalahan, pertikaian, persengketaan, pertengkaran, kemelut, konflik, konfrontasi;,
Kata Terbitan : berkrisis,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Krisis Islam atau Krisis IntelektualZulkifli SallehDewan Masyarakat1 April 2004
AIDS Daripada Krisis Biologi Kepada Krisis BudayaFatan Hamamah Haji YahayaDewan Budaya1 October 2002
Krisis Nilai dan PsikologiMohamad Daud MohamadDewan Sastera1 March 2000
Krisis yang berlikuJunaidah Ahmad GhazaliDewan Ekonomi1 April 2009
Krisis ekonomi global [ulasan buku "The Economis of Global Turbulance: The Advanced Capitalist Economies From Long Boom to Long Downturn, 1945-2005 karya Robert Brenner]Zulkifli SallehDewan Ekonomi1 October 2008
Krisis tenaga meruncingMohamad Sofee RazakDewan Ekonomi1 August 2008
Krisis makan cetus kesan dominoG. ManimaranDewan Ekonomi1 July 2008
Krisis ekonomi AS, Malaysia siap sediaIbrahim MusingDewan Ekonomi1 June 2008
Krisis minyakMd Shukri ShuibDewan Ekonomi1 January 2008
Krisis ekonomi terhadap sektor perumahanAninah JanangDewan Ekonomi1 February 2009
12345678910...

Kembali ke atas