Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.tik] | کريتيک

Definisi : 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang ke­burukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.tik] | کريتيک

Definisi : 1 ulasan ttg sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dsb) yg menyentuh kebaikan dan kelemahannya di samping memberikan penilaian mengenainya: Pd masa ini, banyak tersiar ~ mengenai cerpen dan sajak. 2 = kritikan pernyataan ttg yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. mengkritik menghuraikan atau meneliti mana-mana yg baik dan yg tidak baik: Beliau telah ~ kelakuan sesetengah penuntut di maktab tsb. pengkritik orang yg mengkritik: ~ sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kritik
Kata Terbitan : kritikan, mengkritik, pengkritik,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kritik Bahasa (Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak dari Segi Sintaksis : Satu Analisis)Puteri Roslina Abdul WahidDewan Bahasa3 March 2000
Kritik BahasaNor Hashimah JalaluddinDewan Bahasa1 February 2000
Kritik sosial semasa [Ulasan buku Lelaki Tua dan Sebuah Kerusi karya Saifullizan Yahaya]H. AdryDewan Sastera1 November 2008
Kritik sosial dalam EkspedisiAlias IsmailPelita Bahasa1 September 2005
Kritik generatif sudut pandangan banyak novel SagaLutfi AbasDewan Sastera1 June 1989
Kritik sastra aliran RawamangunHutagalung, M. SDewan Bahasa1 December 1973
Kritik generatifLutfi AbasDewan Sastera1 July 1988
Kritik moden dalam sastera: kaedah dan teknikA. Rahman SalimMastika1 February 1968
Kritik yang indahKemalaDewan Masyarakat15 November 1969
Kritik Hadiah Sastra: ganti semua anggota panel!Taming SariMastika1 July 1976
12345

Kembali ke atas