Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.ti.kal] | کريتيکل

Definisi : 1. menunjukkan atau mungkin me­nimbulkan krisis, boleh atau mungkin mener­bitkan kegentingan: ancaman terbesar terhadap ekologi dunia sekarang ialah pemusnahan hutan pd kadar yg ~ serta membimbangkan; 2. bersifat mengkritik, mengan­dungi kritikan (terhadap sesuatu atau seseorang): beberapa buah akhbar Soviet telah menyiarkan surat-surat yg agak ~ terhadap pelibatan negara itu utk menegakkan sebuah pemerintahan sokongannya di Kabul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kritikal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan suka mengkritik: tajam akal, pintar, suka menegur, suka membidas, suka mencela, suka mengutuk,

2. Bersinonim dengan tegang: runcing, genting, mustahak, penting, serius,
Berantonim dengan tenang.



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
critical limithad kritikalMakanan dan PemakananMakananNilai maksimum dan minimum yang ditetapkan dalam sistem HACCP untuk mengawal bahaya dari segi biologi, kimia atau fizikal pada titik kawalan kritikal. Had kritikal bertujuan untuk menghalang, mengeluarkan dan mengurangkan aras bahaya kepada aras yang boleh diterima dari segi keselamatan makanan. Had kritikal yang digunakan mesti berasaskan kajian saintifik dan digunakan untuk membezakan operasi selamat dan tidak selamat pada titik kawalan kritikal. Had kritikal untuk keselamatan makanan berasaskan sumber seperti peraturan dan piawai, kajian kepustakaan, hasil kajian dan ulasan pakar bidang.
critical viscositykelikatan kritikalKejuruteraanKejuruteraan KimiaNilai kelikatan tertinggi bagi fasa gas atau cecair yang boleh wujud, yang dianggarkan sebagai mc = 61.6 (MTc)1/2 Vc-2/3, mc = 7.7 M1/2 Pc1/2 Tc1/2, dengan mc = kelikatan kritikal, Tc = suhu kritikal, Pc = tekanan kritikal, Vc = isi padu kritikal, M = berat molekul.
critical pressuretekanan kritikalPerubatanTiadaTekanan minimum yang diperlukan untuk mencairkan gas tertentu pada suhu kritikal. Contohnya, tekanan kritikal gas nitrus oksida ialah 5,000 kPa dan suhu kritikalnya ialah 36°C.
Kay�s ruleaturan KayKejuruteraanKejuruteraan KimiaAturan yang menyatakan bahawa tekanan kritikal dan suhu kritikal adalah berkadaran secara linear dengan pecahan mol atau jisim sesuatu campuran gas.
critical velocity of hudraulichalaju kritikal hidraulikKejuruteraanKejuruteraan KimiaHalaju kritikal untuk mengelakkan lompatan hidraulik di dalam saluran terbuka yang dianggarkan sebagai, (rujuk m/s 89) dengan uc = halaju kritikal hidraulik, A = luas keratan rentas saluran, B = lebar saluran.
mission critical softwareperisian misi kritikalTeknologi MaklumatPerisianSejenis perisian yang digunakan untuk melaksanakan tugas kritikal bagi kepentingan sesebuah organisasi. Kerosakan pada perisian ini boleh mengakibatkan operasi menjadi lumpuh, kerugian yang sangat besar atau kehilangan jiwa. Contoh perisian misi kritikal ialah perisian yang digunakan untuk mengawal sistem trafik dan sistem perakaunan.
critical success factorfaktor kejayaan kritikalPengurusanPerancanganFaktor yang merupakan aspek terpenting yang menjadi penentu kejayaan sesuatu tugas atau projek. Faktor kejayaan kritikal perlu ditentukan oleh pihak pengurusan bagi memastikan keputusan dan tindakan yang diambil adalah yang paling tepat bagi mencapai matlamat dan tujuan yang ditetapkan. Contoh faktor kejayaan kritikal bagi sesuatu perniagaan adalah dengan memastikan kepuasan pelanggan diutamakan.
critical path analysisanalisis laluan kritikalPengurusanPerancanganAnalisis yang digunakan untuk mengenal pasti kelompok aktiviti yang dianggarkan memerlukan tempoh paling singkat untuk menyempurnakan sesuatu projek atau proses pengeluaran. Tujuan analisis laluan kritikal dilakukan adalah untuk menentukan bilangan aktiviti yang paling penting dan tidak boleh ditangguh untuk mencapai tahap operasi yang cekap dan berkesan. Di samping itu, analisis ini dilakukan bagi mengenal pasti aktiviti apungan, iaitu aktiviti yang bukan merupakan sebahagian daripada laluan kritikal. Contohnya, tempoh untuk menyiapkan sesuatu projek pembinaan bangunan dapat dikurangkan daripada 24 bulan kepada 18 bulan, iaitu selepas analisis laluan kritikal dilakukan.
critical operationoperasi kritikalHerbaTiadaSuatu langkah kritikal dalam proses pengeluaran produk herba yang jika tidak dilaksanakan dengan sempurna akan menjejaskan kualiti produk herba. Contohnya, proses pengasingan bahan pencemar dalam bahan mentah yang menjejaskan kualiti hasil akhir produk herba.
critical temperaturesuhu kritikalPerubatanTiadaSuhu maksimum yang diperlukan untuk menukarkan gas menjadi cecair pada tekanan kritikal.
12345678910...

Kembali ke atas