Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.ti.kan] | کريتيکن

Definisi : 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang ke­burukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.ti.kan] | کريتيکن

Definisi : pernyataan ttg yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kritikan
Kata Terbitan : kritikan, mengkritik, pengkritik,
Rujuk :kritik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sejarah simbolisme,kritikan mengenai simbolisme,pandangan islam mengenai simbolisme,contoh karya sastera simbolismeSimbolisme bermaksud penggunaan simbol (lambang) untuk melahirkan atau menyampaikan sesuatu. Maklumat yang berkaitan dengan sastera simbolisme dalam sumber rujukan kami, saudara boleh rujuk artikel Ismail Kassan mengungkapkan simbolisme dalam karyanya, Dewan Sastera, 15 Jun 1984, Simbolisme dalam pantun percintaan Melayu, Dewan Sastera, 1 Februari 1998 dan Simbolisme fonetik dalam puisi, Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, 1 Mei 1999.Sastera17.03.2011
Saya hendak tahu apa makna perkataan kritikan dari kamus dewan. Dan boleh saya tahu nama penerbit kamus dewan edisi terbaru?

Kritikan dalam Kamus Dewan bermaksud 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman;

Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makna13.05.2008
manakah jawapan yang tepat? kita harus memberi kritikan yang membina / membena terhadap rakan - rakan.Yang betul ialah, kita harus memberi kritikan yang membina terhadap rakan - rakan.Tatabahasa05.11.2007
contoh-contoh Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah.1.      Kehendak soalan ini kurang jelas. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan penanya, sebenarnya kajian yang berupa kritikan terhadap sesebuah karya akan menjadi lebih ilmiah jika ada penerapan sesebuah teori sastera. Contoh-contoh kajian yang menerapkan teori-teori sastera boleh diperoleh dalam prosiding atau kertas kajian hasil daripada Seminar Pemikiran Sasterawan Negara ataupun Program wacana Ilmu (Bicara Karya) yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, lihat kajian “Ekologi, Etika dan Bahasa dalam Puisi-puisi Usman Awang: Satu Kajian Eko” oleh Sohaimi Abdul Azizi dalam Prosiding Pemikiran SN Usman Awang, DBP, 2006. 

     2.  Intrinsik merupakan kajian yang lebih melihat unsur-unsur dalaman yang membina sesebuah karya iaitu kajian yang berbentuk formalistik yang     membincangkan tentang tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa.

Lain-lain15.10.2010
bezakan analisis naratif dengan kritikan sastera

Analisis bermaksud satu proses membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya. Seluruh karya itu dicerakinkan kepada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan untuk menentukan bentuk, mencari keseimbangan penggunaan, hubungan, dan sebagainya. Jelasnya, proses analisis terhadap sesebuah karya itu terletak terutamanya pada pembezaan dan penelitian yang berasingan terhadap beberapa bahagian atau unsur dan hubungan antara bahagian-bahagian/unsur-unsur tersebut. Naratif pula ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. Oleh yang demikian, analisis naratif ialah penghuraian terhadap sesebuah karya.

Kritikan sastera ialah cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengkelas, menghurai dan menilai karya kesusasteraan.  

Lain-lain23.04.2010
Bolehkan anda terangkan kritikan sosial yang dipaparkan dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain? Terima kasih!Sdr. perlu membaca novel Konserto Terakhir bagi mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut.Lain-lain01.09.2007
1. maksud bintang tujuh 2. kritikan1. Gugusan bintang yg tujuh banyaknya. 2. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll).,; kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman.Makna14.12.2006
bagaimana saya mahu menghantar karya2 saya...

Terima kasih atas pertanyaan sdr. Karya sdr berupa sajak/puisi, cerpen, rencana, esei dan kritikan sastera serta drama bolehlah dihantar ke pelbagai majalah terbitan DBP seperti majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Pelita Bahasa dan Dewan Masyarakat. Alamatkan kiriman karya tersebut kepada Editor (mengikut nama majalah yang berkenaan - pilihan sdr), Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur .

Karya berupa buku sastera (antologi/kumpulan puisi, cerpen, novel, drama, esei dan kritikan) bolehlah dihantar ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Sekianlah dimaklumkan.

Lain-lain04.08.2010
Salam sejahtera. Saya sedang mengkaji drama Bumiku Oh Bumiku karya Zaini Ozea. Aspek yang dikaji ialah kritikan masyarakat. Namun saya menghadapi kesulitan dalam mencari bahan rujukan. Bolehkah pihak DBP membantu saya dalam mencari maklumat-maklumat ini atau mencadangkan bahan-bahan rujukan yang boleh membantu saya. Sekian, terima kasih.Dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat membantu Sdr dalam hal ini.Lain-lain03.04.2011
Saya ingin meghantar karya, bagaimana caranya?

Assalamualaikum wbk. Ada dua cara untuk menghantar karya sastera iaitu:

1.   Karya berupa sajak/puisi, cerpen, rencana, drama, esei dan kritikan bolehlah dihantar ke alamat:

      Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803,

      50926 KualaLumpur. 

2.   Karya berupa buku sastera (antologi/kumpulan puisi, cerpen, novel, drama, esei dan 

      kritikan) bolehlah dihantar  ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa

     dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih dan wassalam.

Lain-lain02.08.2010
12345

Kembali ke atas