Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kro.mo.som] | کروموسوم

Definisi : (Bio) jasad yg membawa gen yg mengandungi DNA dan protein dan terdapat pd nukleus sel; ~ seks kromosom yg menentukan seks sesuatu organisma; ~ -X kromosom seks betina; ~ -Y kromosom seks jantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kro.mo.som] | کروموسوم

Definisi : ist benda spt benang dlm setiap nukleus sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan. ~ seks kromosom yg menentukan jantina seseorang atau sesuatu organisma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kromosom


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sindrom DownDown syndromeSindrom pada manusia, iaitu kecacatan sejak lahir yang berpunca daripada mutasi kromosom, iaitu kromosom yang terlebih satu pada kromosom ke-21. Ia mengakibatkan kemerosotan intelektual dan ketidaknormalan fizikal. Contohnya, dahi lebar, mata sepet dan hidung penyek.Menengah Atas
kariotipkaryotypeSusunan standard bagi kromosom pelengkap yang disediakan bagi analisis kromosom. Kariotip normal bagi wanita akan mengandungi 22 pasang autosom (kromosom bukan seks), disusun dalam susunan angka bersama-sama dengan 2 kromosom X.Menengah Atas
mutasi kromosomchromosome mutationPerubahan kepada struktur atau bilangan kromosom. Sebahagian atau keseluruhan set kromosom berubah struktur secara penggandaan, pelenyapan, penyongsangan atau translokasi.Menengah Atas
gentian gelendongspindle fibreRangkaian gentian yang terbentuk semasa peringkat profasa. Sesetengah mikrotubul melekat pada sentromer kromosom dan memisahkan kromosom ke kutub yang bertentangan semasa anafasa.Menengah Atas
autosomautosomeSemua kromosom yang terdapat di dalam nukleus sel kecuali kromosom yang menentukan jantina sesuatu organisma.Menengah Atas
seks heterogametheterogametic sexJantina spesies yang berbeza kandungan kromosom seksnya. Contohnya, manusia lelaki yang mempunyai kromosom seks X dan Y.Menengah Atas
diploiddiploidSel atau individu yang mempunyai dua set kromosom di dalam setiap selnya. Satu set kromosom daripada induk jantan dan satu set lagi daripada induk betina.Menengah Atas
mitosismitosisPembahagian nukleus yang menghasilkan dua nukleus anak, mempunyai set kromosom yang sama dengan set kromosom induk.Menengah Atas
aneuploidianeuploidyKeadaan apabila bilangan kromosom kurang atau lebih daripada gandaan tepat bilangan haploid.Menengah Atas
metafasametaphasePeringkat mitosis atau meiosis apabila kromosom tersusun pada satah khatulistiwa.Menengah Atas
123

Kembali ke atas