Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.li.ta.tif] | کواليتاتيف

Definisi : berdasarkan kualiti, berkaitan dgn kualiti atau mutu: ada perkembangan ~ dlm kehidupan beragama Islam di negara ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.li.ta.tif] | کواليتاتيف

Definisi : berdasarkan mutu atau kualiti; berkaitan dgn kualiti: Perkembangan pendidikan dilihat dr segi ~ dan kuantitatif. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kualitatif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, apakah yang dimaksudkan dengan 'adalah digunakan untuk memerihalkan secara huraian dan kualitatif'? Apakah yang dimaksudkan dengan huraian dan kualitatif itu? Saya mengambil pendekatan, ialah digunakan pada frasa nama manakala adalah pada frasa adjektif dan frasa sendi nama. Benarkah pegangan saya itu? Terima kasih.Kualitatif bermaksud berdasarkan kualiti atau berkaitan dengan kualiti. Betul seperti yang puan katakan, kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Tatabahasa26.03.2012
Apa terjemahan yang sesuai untuk bracketing di dalam kajian kualitatif. contoh ayat : Bracketing merupakan satu kaedah dalam kajian kualitatif bagi meningkatkan kualiti kajian.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah bracketing ialah pengurungan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah24.05.2023
SALAM, SAYA MOHON BERTANYA MAKNA PERKATAAN 'PROPOSITION' (YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM KAJIAN KUALITATIF) KE DALAM BAHASA MELAYU. TERIMA KASIHUntuk makluman, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "proposition", iaitu usul, cadangan, anjuran, kenyataan dan proposisi.  Maksud perkataan "proposition" dalam konteks kajian kualitatif tidak terdapat dalam pangkalan data kami.Istilah09.04.2013
apakah beza antara penggunaan ialah dan adalahIalah dan adalah merupakan kata pemeri. yang digunakan secara persamaan atau ekuatif dan secara huraian atau kualitatif. Ialah digunakan secara persamaan di hadapan frasa nama: Perkara yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang perkara tersebut.Tatabahasa24.04.2007
Grounded theory merupakan suatu pendekatan dalam kajian kualitatif di mana teori dibina berdasarkan data. Istilah 'teori beralas' digunakan di Indonesia. Bagi saya lebih sesuai 'teori berpasak' kerana teori dipasakkan ke atas data. Sesuaikah istilah ini digunakan?Cadangan padanan terjemahannya ialah teori bersebab atau teori beralasan. Walau bagaimanapun, saudara perlu melihat konsep dan takrifan teori tersebut dari segi bidang ilmunya.Lain-lain12.10.2009
Member Check merupakan kaedah didalam proses triangulasi kajian kualitatif. Apakah istilah member check dalam bahasa malaysia bagi merujuk perkara ini? atau tuliskan sahaj memebr check dengan italic kan sahaja perkataan tersebut?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah member check ialah semakan peserta. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah27.07.2023
Saya dan rakan-rakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya sedang menulis buku tentang penyelidikan kualitatif. Apabila saya menggunakan khidmat Carian Kata DBP terdapat dua ejaan bagi senarai istilah "validity" dalam BM iaitu "keesahan" dan "kesahan" sedangkan penggunaannya dalam BI membawa maksud yang sama. Ejaan yang manakah betul? Terima kasih.

Prof. terima kasih kerana menggunakan KNBDBP,

Saya telahpun melihat kamus yang memberikan kedua-dua makna tersebut dan saya pun keliru juga jadinya. Namun setelah melihat istilah bagi kedua-dua perkataan tersebut jelas ada sedikit perbezaannya, iaitu validitity membawa makna kesahan manakala keesahan pula diberikan sebagai legitimacy. Pada pandangan saya bahasa Inggerisnya adalah lebih jelas.

Istilah24.03.2009
Mohon bertanya untuk terma bahasa malaysia yang digunakan: Quantitative Method = Kaedah Kuantitatif Qualitative Method = Kaedah Kualitatif Mixed Method = ?Istilah yang dicadangkan ialah Mixed Method = Kaedah Campuran.Penyemakan dan penterjemahan01.10.2015
Apakah perbezaan ''ialah'' dan ''adalah''.

Ialah digunakan secara persamaan atau ekuatif,hadir di hadapan frasa nama. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif, hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

Tatabahasa23.01.2008
Saya ingin tahu tentang penggunaan 'ialah' dan 'adalah' serta isu-isu semasa yg menyangkut penggunaan kedua-duanya. Saya juga ingin tahu jika DBP ada menerbitkan kamus Melayu beserta transkripsinya sekali. Jika ada di mana boleh saya mendapatkannya. Salam.Ialah dan adalah merupakan kata pemeri. yang digunakan secara persamaan atau ekuatif dan secara huraian atau kualitatif. Ialah digunakan secara persamaan di hadapan frasa nama: Perkara yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang perkara tersebut. DBP menerbitkan buku-buku termasuklah kamus dalam bentuk manuskrip bersih dan saudara boleh mendapatkannya di kedai buku DBP atau kedai-kedai buku yang berhampiran.Tatabahasa06.04.2010
12

Kembali ke atas