Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kualiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan mutu, nilai, taraf, standard;,
Kata Terbitan : berkualiti,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi nilai kemanusiaan

Saudara Shashaerika,

Makna nilai ialah taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham.

 Makna kemanusiaan ialah perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.

Oleh yang demikian,  frasa nilai kemanusiaan  bermaksud kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia.  

 

 

 

Makna10.02.2010
apakah maksud bagi gabungan perkataan tersebut? a) dunia teknologi digital b) nilai kemanusiaan jika boleh, saya mahu jawapan yang banyak pilihan untuk dibuat sebagai bahan kajian. terima kasih. segala bantuan anda sangat saya hargai.

a) Dunia teknologi digital bermaksud kecanggihan teknologi yang diguna pakai oleh manusia pada zaman ini.

b) Nilai kemanusiaa merujuk kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia.  

Untuk maklumat lanjut, saudara digalakkan membuat rujukan di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan saudara.

Makna25.03.2010
1. Apa maksud 'minds-on' dan 'hands-on' dalam Bahasa Melayu? 2. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'minds-on' dan 'hands-on' dalan bahasa Melayu? 3. Apakah perkataan lain yang mempunyai sinonim dengan a) pengetahuan b) pengajaran c) kualiti etika guru terima kasihUntuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "hands-on" ialah amali dan belum ada istilah khusus untuk "minds-on". Walau bagaimanapun, istilah bahasa melayu yang kami cadangkan untuk "minds-on" ialah berfikir. Berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, sinonim untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
a) pengetahuan - ilmu, kepandaian, kebijakan, kebijaksanaan, kepakaran, kemahiran, kepintaran, keahlian, pelajaran, pendidikan
b) pengajaran - pendidikan, pengasuhan, tarbiah
c) kualiti - mutu, nilai, standard, taraf
d) etika - prinsip, standard, piawai
Istilah03.04.2012
Difinisi: 1. Kualiti 2. Pendidik 3. Pendidikan 4. Dedikasi 5. Sahsiah.Kualiti ialah darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu. Pendidik bermakna orang yg mendidik, guru. Pendidikan ialah perihal mendidik. Dedikasi bermakna pengabdian diri, masa. Sahsiah keperibadian, peribadi. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna20.09.2008
Salam sejahtera, apakah padanan frasa bagi "quality assurance" dalam bahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah "quality assurance" ialah jaminan mutu atau kawalan kualiti bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Istilah17.02.2020

Kembali ke atas