Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuan.ti.ta.tif] | کوانتيتاتيف

Definisi : berdasarkan kuantiti, berkaitan dgn kuantiti: nilai ilmu, intelek, dan perkhidmatan tidak dapat diukur secara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuan.ti.ta.tif] | کوانتيتاتيف

Definisi : berkaitan dgn kuantiti: analisis ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuantitatif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang menjalankan kerja-kerja menyunting (meng"edit") kertas kerja berbentuk kuantitatif untuk dijadikan buku. Saya mohon contoh atau buku contoh untuk dijadikan panduan bagi menukarkan kertas kerja kuantitatif kepada bentuk buku. Sekiranya saya perlu membeli buku tersebut saya sanggup membelinya.Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai maklumat berkenaan perkara tersebut. Mungkin saudara boleh melihat buku-buku terbitan syarikat lain.Lain-lain30.10.2015
jurnal berkaitan teknologi maklumat1. Jurnal teknologi/ Universiti Teknologi Malaysia. 2. Jurnal teknologi D : elektronik, kawalan, telekomunikasi dan teknologi maklumat = electronics, control, telecommunications and information technology Publisher: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1999- 3. Jurnal teknologi maklumat dan sains kuantitatif Publisher: Shah Alam : Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universti Teknologi MARA, [199-]- 4. Jurnal teknologi maklumat = Journal of information technology Publisher: Sekudai : UTM, 1990-Lain-lain06.08.2007
Mohon bertanya untuk terma bahasa malaysia yang digunakan: Quantitative Method = Kaedah Kuantitatif Qualitative Method = Kaedah Kualitatif Mixed Method = ?Istilah yang dicadangkan ialah Mixed Method = Kaedah Campuran.Penyemakan dan penterjemahan01.10.2015
Saya ingin terjemahkan "Hard Data" kepada "Data Konkrit" bagi merujuk kepada data yang diperolehi melalui kajian saintifik. Adakah terjemahan ini bersesuaian?Berdasarkan bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu bagi istilah 'hard data' ialah data keras, iaitu data yang bersifat kuantitatif dan boleh dianalisis secara formal seperti kaedah statistik. Kebiasaannya merujuk kepada data yang boleh diukur secara saintifik seperti statistik pengguna Internet, bilangan komputer per isi rumah dan bilangan pelajar IT yang memasuki IPTA.Istilah11.08.2022
Pernyataan ini berkaitan dgn bidang penyelidikan pendidikan ... Creswell & Clark (2007) ada menulis "the embedded nature of this approach can be indicated with the notation QUAN (qual). The qualitative data played a subservient role within the larger quantitative metholodogy" Persoalannya sekarang, adakah tepat sekiranya saya terjemahkan QUAN (qual) pada KUAN (kuali). Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "KUAN" dan "kuali" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan tersebut mesti dieja penuh , iaitu Kuantitatif dan Kualitatif.Istilah03.12.2013

Kembali ke atas