Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuan.ti.ta.tif] | کوانتيتاتيف

Definisi : berdasarkan kuantiti, berkaitan dgn kuantiti: nilai ilmu, intelek, dan perkhidmatan tidak dapat diukur secara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuan.ti.ta.tif] | کوانتيتاتيف

Definisi : berkaitan dgn kuantiti: analisis ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuantitatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
augmentationaugmentasiPendidikanTiada

 Perubahan sesuatu benda atau hidupan daripada keadaan kuantitatif kepada suatu keadaan kuantitatif yang lain.

quantitative verificationpengesahan kuantitatifSejarahTiadaPengesahan tentang sesuatu hal yang dilakukan secara kuantitatif atau menurut urutan bilangan.
quantitation limithad kuantitatifHerbaPeraturan dan PemasaranJumlah terendah analit yang ditentukan dengan tahap kejituan dan ketepatan yang bersesuaian dalam sesuatu prosedur analisis. Had kuantitatif biasanya digunakan dalam penentuan bendasing dan bahan degradasi produk.
assaycerakianPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanDalam industri kayu, penentuan secara kualitatif atau kuantitatif jumlah pengawet sampel kayu yang telah diawet. Nilai kuantitatif biasanya dinyatakan dalam kg/m3 dan Ib/ka3.
dot hybridizationpenghibridan titikBiologiGenetikTeknik separa kuantitatif untuk menilai kekerapan relatif jujukan-jujukan asid nukleik dalam satu campuran, atau takat persamaan antara beberapa jujukan homolog. Titik penghibridan ini dianggarkan secara separa kuantitatif dengan melihat persamaan bintik pada piawai radioaktif.
quantitative characterciri kuantitatifPertanianAgronomi

Sifat atau ciri yang boleh diukur,  seperti saiz, berat, ketinggian, hasil dan bilangan cabang yang ditentukan oleh berbilang gen. Fenotip yang akan terserlah biasanya dikawal oleh gabungan beberapa gen. Contohnya, tumbuhan yang mempunyai banyak gen memberikan sifat tinggi berbanding dengan tanaman yang mempunyai banyak gen yang memberikan sifat rendah. Ciri kuantitatif lebih sukar diwarisi berbanding ciri kualitatif kerana ciri kuantitatif memerlukan lebih banyak kacukan untuk menghasilkan sifat yang dikehendaki. Banding ciri kualitatif.

quantitative approachpendekatan kuantitatifPengurusanPerancanganKaedah mengumpul maklumat yang menekankan maklum balas yang boleh diukur dan dikira, melibatkan pendapat peribadi dan penghuraian yang lebih objektif dan berasaskan soal selidik secara terpandu. Tujuan kaedah ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih khusus, menentukan takat ukuran dan menjurus kepada aspek yang ingin dikaji oleh organisasi. Kaedah ini disokong oleh analisis kuantitatif berasaskan pengiraan statistik yang dibantu oleh aplikasi perisian komputer. Contohnya, menjalankan soal selidik berstruktur yang menggunakan skala tertentu dan hasil analisisnya boleh dinilai dan dirumus dari segi skor purata dan peratusannya. Banding pendekatan kualitatif.
quantitative analysisanalisis kuantitatifHerbaTiadaKaedah pengukuran kandungan bahan kimia penanda yang terdapat dalam bahan herba. Data yang diperoleh daripada analisis ini menyatakan kepekatan atau kekuatan bahan kimia aktif tersebut. Kaedah ini berguna untuk memastikan kualiti, ketulenan, keselamatan dan keberkesanan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Menurut British Pharmacopoeia, kandungan bahan kimia penanda dalam bahan herba ditentukan secara kuantitatif melalui pelbagai kaedah assai.
clinical datadata klinikalHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat atau data kualitatif dan kuantitatif yang diperoleh daripada kajian klinikal tentang kesan pemberian rawatan tertentu ke atas subjek manusia atau pesakit. Data kualitatif memberikan maklumat deskripsi melibatkan pemerhatian pada perlakuan subjek seperti sakit kepala, rasa lesu dan cirit-birit. Data kuantitatif ialah maklumat dalam bentuk angka seperti bacaan tekanan darah 120/90 mm Hg, suhu badan 37°C dan kandungan kolesterol total dalam darah sebanyak 5.30 mmol/L.
quantitativekuantitatifFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas