Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuan.ti.ti] | کوانتيتي

Definisi : banyaknya, jumlah, bilangan (sesuatu); mengkuantitikan menghitung sesuatu secara kuantiti: ahli sains telah ~ dan menggunakan teknik formal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuan.ti.ti] | کوانتيتي

Definisi : banyaknya (jumlah, bilangan) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuantiti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah betul? pecutan adalah suatu kuantiti vektor atau pecutan ialah suatu kuantiti vektor. terima kasih.Frasa yang betul ialah "Pecutan ialah suatu kuantiti vector..."Tatabahasa10.07.2013
Untuk kuantiti, perkataan yang sesuai menunjukkan peningkatan/penurunan. Sebagai contoh: kenaikan kuota atau penambahan kuota bagi: i. bilangan anggota/pegawai/calon ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) iii bilangan kaunter iv. perkhidmatan Diharap pihak tuan dapat membantu bagi tujuan urusan surat-menyurat Jabatan. Terima kasih.Mungkin apa yang dimaksudkan oleh saudara ialah “penjodoh bilangan”i. bilangan anggota/pegawai/calon – orang, cth.: seorang pegawai, dua orang calon.ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) – buah, cth.: Sebuah kereta, tiga buah motosikal.iii. bilangan kaunter – buah, cth.: sebuah kaunter.iv. perkhidmatan – buah, cth.: sebuah perkhidmatan.Tatabahasa09.02.2009
Salam dan terima kasih kerana membantu. "Bill of Quantities" ialah suatu pernyataan terperinci kerja, bahan, bahagian/komponen, harga, dimensi, dan butiran lain, untuk mendirikan bangunan atau infrastruktur lain. Dokumen ini digunakan untuk tender dalam industri pembinaan. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Bill of Quantities" - Bil Kuantiti, Senarai Kuantiti atau apa-apa terjemahan lain? Terima kasih sekali lagi.Bagi perkataan “Bill of Quantities”, terdapat padanan istilah dalam bidang kejuruteraan iaitu Jadual Bahan.Istilah25.08.2019
Manakah antara berikut penggunaan tanda titik bertindih yang betul. A. Berdasarkan maklumat di atas, kirakan: i. Kuantiti pesanan ekonomi. Atau B. Berdasarkan maklumat di atas, kirakan: i. kuantiti pesanan ekonomi.Berdasarkan cadangan padanan jawapan yang diberikan, jawapan yang betul ialah A.Lain-lain01.05.2023
1.Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur. 2. Bekalan elektrik yang terputus meyebabkan seluruh peserta kursus menggelabah. Soalan saya : Salahkah penggunaan kata bilangan tak tentu dalam ayat-ayat di atas (sedikit & seluruh)? Jika ya, harap dapat diberikan alasan. Terima kasih.1. Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur.
2. Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan semua peserta kursus menggelabah.

Sedikit dan seluruh merupakan kata bilangan yang tergolong dalam kata kuantiti. Kata kuantiti adalah kata kardinal yang jumlahnya tidak semuanya nyata.

sedikit, beberapa = jumlah yang tidak banyak tetapi lebih daripada satu.
seluruh = kata kuantiti yang berkaitan erat dengan tempat ( Contoh; Seluruh masyarakat turut bergabung).
semua = jumlah banyak.


Sila rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima Asmah Haji Omar untuk rujukan lanjut.
Tatabahasa04.02.2013
Berkenaan kata ganda,adakah pengandaan kata itu bermaksud menyatakan penambahan kuantiti benda yang dimaksudkan, seperti 1buku-> buku-buku (maksud ada banyak buku) 2 rama-> rama-rama (maksud ??) Minta penjelasan ...terima kasihKata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu.

Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata ganda semu ialah perkataan yang asalnya wujud dalam bentuk ganda seperti kanak-kanak, kura-kura, rama-rama dan layang-layang. 
Tatabahasa09.09.2017
Apakah maksud rangkaian perkataan " taburan data "?Taburan data bermaksud data dalam kuantiti yang berbeza mengikut kesesuaian bidang/skop tertentu.Lain-lain13.06.2022
apakah penjodoh bilangan bagi beras.Penjodoh bilangan untuk beras bergantung pada kuantiti. Contohnya seguni beras, segantang beras, sebutir beras, secupak beras, dsbnya. Istilah04.09.2009
Apakah kata adjektif yang sesuai bagi sesuatu yang ditumbuk? 'Lumat' atau 'hancur'?Bergantung kepada kuantiti.Tatabahasa25.05.2010
Adakah ayat 'seluruh warga' Jabatan Perdana Menteri tidak gramatis? Seluruh itu telah menunjukkan ramai. Mohon nasihat dan cadangan ayat yang betul.Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Ayat tidak gramatis ialah ayat yang tidak mengikut hukum tatabahasa dan dianggap ayat yang tidak betul dalam konteks penggunaan rasmi. 

Seluruh merupakan kata bilangan yang tergolong dalam kata kuantiti. Kata kuantiti adalah kata kardinal yang jumlahnya tidak semuanya nyata.

Oleh itu, penggunaan "seluruh warga" ini betul dari aspek tatabahasanya.
Lain-lain18.03.2021
123

Kembali ke atas