SUFYAN AL-THAWRIY | Sufyan al-Thawriy (97–161 H./716 –778 M.), hafiz, ahli fiqh, kuat beribadat dan ketua pendebat. Nama penuhnya ialah Sufyan ibn Sa‘id ibn Masruq al-Thawriy, Abu ‘Abdullah al-Kufiy daripada Bani Thawr ibn ‘Abd al Manat ibn Uddi ibn Tabikhah ibn Ilyas ibn Madh’ar ibn Nizar ibn Ma‘ad ibn ‘Adnan. Sufyan lahir dan dibesarkan di Kufah dan bapanya adalah seorang ulama Kufah. Mungkin bapanya seorang ulama yang menyebabkan dia menuntut ilmu hadith. Sufyan meriwayatkan hadith daripada al-Aswad ibn Qis, Abi Ishaq al-Subi‘iy, ‘Amru ibn Murrah, Mansur Ibn al-Mu‘tamir, Ayub al- Sakhtayaniy, Isma‘il ibn Abi Khalid dan lain-lain lagi. | UMUM | |
SA‘ID IBN JUBAYR | Sa‘id ibn Jubayr (45–95 H./666 –714 M.), ahli fiqh. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Jubayr al-Asady Abu Muhammad al-Kufi. Dia seorang tabi‘in. Dia seorang yang berilmu, amanah dan kuat beribadat. Banyak kisah yang memperkatakan tentang ibadatnya. Dia meriwayatkan hadith daripada Abdullah ibn Abbas, Abdullah ibn al-Zubair, Abdullah ibn Umar, Abi Sa`id al-Khudri, Anas dan selain mereka daripada kalangan sahabat. | UMUM | |
MARYAM | Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s. Nama penuhnya ialah Maryam bint Imran ibn Mathan. Imran di sini bukanlah bapa kepada Nabi Musa a.s., kerana jarak antara kedua-duanya beratus-ratus tahun. Maryam ialah seorang wanita yang paling suci di dunia, kuat beribadat dan masih tetap dara. | UMUM | |