Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah antara berikut adalah benar?mengapa? a) Semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. b) semua orang boleh pergi asal kuat semangat sahaja.Ayat yang lebih persis ialah semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. Perkataan "asal sahaja" di sini bermaksud dengan syarat. Oleh itu perkataan "sahaja" hendaklah diletak selepas "asal" untuk membawa maksud dengan syarat. Walau bagaimanapun, ayat (b) boleh digunakan tetapi membawa makna yang berbeza sedikit.  Perkataan "sahaja" di sini bermaksud "hanya" , iaitu hanya dengan kuat semangat, semua orang boleh pergi.Makna17.02.2010
assalamualaikum.. saya ingin bertanya pada pihak tuan tentang satu perkara yang menjadi kemusykilan pada saya.. diharap pihak tuan sedia membantu saya..(^_^) Manakah antara ayat dibawah betul? mengapa? 1. Semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. 2. Semua orang boleh pergi asal kuat semangat sahaja.Ayat yang lebih tepat ialah semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. Perkataan "asal sahaja" di sini bermaksud dengan syarat. Oleh itu perkataan "sahaja" hendaklah diletak selepas "asal" untuk membawa maksud dengan syarat. Walau bagaimanapun, ayat kedua boleh digunakan tetapi membawa makna yang berbeza sedikit.  Perkataan "sahaja" di sini bermaksud "hanya" , dan ayat kedua bermaksud hanya dengan kuat semangat, semua orang boleh pergi.Tatabahasa18.02.2010
Tuan, Yang manakah satu yang betul, semangat patriotik atau semangat patriotisme? Cerpen itu bertemakan sifat patriotik atau patriotisme? Chan, Penang. Terima kasih.menurut Kamus Dewan, patriotik ialah semangat patriot. Patriotisme ialah persaan cinta yang kuat terhadap tanah air.  Ayat yang betul ialah Cerpen itu bertemakan patriotisme atau Cerpen itu bertemakan sifat patriotikTatabahasa01.08.2011
MOTIVASIMotivasi ialah keinginan/semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan; atau, sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat.Makna18.02.2008
Saya ingin tahu maksud "untuk menjadi orang yang sentiasa bermotivasi tinggi " ?Untuk menjadi orang yang sentiasa mempunyai semangat yang kuat pada diri sendiri dan mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan.Makna28.08.2016
1)Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan,saling berinteraksi secara berhemah dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.2)Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar tentera kuat tetapi atas dasar perundingan.3)Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH)1) Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan, saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.
2) Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar kekuatan tentera tetapi atas dasar perundingan.
3) Kami terpesona melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.
Tatabahasa16.09.2012
Apakah maksud frasa/simpulan bahasa 'waja diri'?Tidak ada makna frasa waja diri dalam pangkalan data kami, namun waja lazimnya dikaitkan dengan semangat atau keazaman yang kuat, ketahanan dan keteguhan diri terhadap cabaran dalam kehidupan.Makna23.10.2018
Apakah yang dimaksudkan dengan waja diri dan apa kaitannya dengan personaliti waja diri?Tidak ada makna frasa waja diri dalam pangkalan data kami, namun waja lazimnya dikaitkan dengan semangat atau keazaman yang kuat.Makna10.12.2011
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
menaikkan bendera atau menaiki bendera ?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud perkataan "menaiki" ialah memanjat, mendaki; pergi dengan kenderaan, mengenderai, menunggang; memasuki rumah (dengan menggunakan tangga).

Manakala maksud perkataan "menaikkan" pula ialah menjadikan naik; meletakkan barang ke atas kereta, kapal dan lain-lain; men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dan sebagainya); menjadikan bertambah kuat (berkenaan semangat, kemarahan dan sebagainya); menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan. 

Oleh itu berdasarkan keterangan tersebut, jawapan yang sesuai ialah "menaikkan bendera"

Sekiranya tuan/puan ada persoalan bahasa yang lain, puan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
Tatabahasa02.10.2020
12

Kembali ke atas