Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuat.kuat] | قوات٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok), (asam) riang-riang, kayu bangka, keriang, sesudu paya, yang-yang, Archytaea vahlii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuat-kuat

Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sekali merengkuh dayung,
     dua tiga pulau terlampau.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). rengkuh = menarik kuat-kuat.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kerashardSifat kuat, kukuh, tidak mudah pecah, tidak mudah bengkok atau berubah keadaannya.Sekolah Rendah
besiironLogam yang kuat, berkilat dan mempunyai banyak kegunaan. Besi merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik.Menengah Rendah
bersinsneezeHembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan.Sekolah Rendah
dominandominantSifat yang lebih kuat pengaruhnya yang diwarisi daripada salah satu induk. Sifat ini akan menutupi sifat lain yang diwarisi daripada induk yang satu lagi.Menengah Atas
kelulisteelBahan yang bersifat keras dan kuat. Keluli mengandungi 99.5% besi dan 0.5% karbon. Keluli digunakan sebagai bahan binaan bangunan, jambatan, kenderaan dan mesin.Menengah Rendah
bintang neutronneutron starBintang yang mempunyai tarikan graviti yang kuat dan tenaga proton yang tinggi, menyebabkan bintang tersebut tidak kelihatan.Menengah Rendah
magnaliummagnaliumAloi yang diperbuat daripada aluminium, magnesium, dan kuprum. Magnalium bersifat ringan dan kuat.Menengah Atas
akar sokongprop rootAkar yang tumbuh daripada batang dan juga daripada dahan, yang menjadi sokongan yang kuat kepada pokok itu. Contohnya, akar pokok pandan, tebu dan jagung. Lihat RajahMenengah Rendah
lohong hitamblack holeObjek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya.Menengah Rendah
karnivorcarnivoreHaiwan yang memakan daging. Haiwan jenis ini mempunyai gigi taring yang tajam dan otot rahang yang kuat untuk menggigit, menyiat dan mengunyah makanan. Contohnya, harimau dan singa.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas