Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuat.kuat] | قوات٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok), (asam) riang-riang, kayu bangka, keriang, sesudu paya, yang-yang, Archytaea vahlii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuat-kuat

Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sekali merengkuh dayung,
     dua tiga pulau terlampau.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). rengkuh = menarik kuat-kuat.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reriangreriangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Ploiarium alternifolium daripada famili Theaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kayu kuat, kuat-kuat dan riang-riang, dan di Sabah ialah suama. Gubal kayu dan teras kayu reriang sukar dibezakan, iaitu berwarna merah jingga dan menjadi merah tua apabila apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan iranya yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 975 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sangat berat.
scrubbing brushberus penggaharPentadbiran PerniagaanTiadaAlat daripada bulu-bulu binatang, serabut, plastik dan lain-lain yang digunakan untuk menggonyoh atau menggosok kuat-kuat sesuatu permukaan supaya bersih.
fortifieddiperkuatPentadbiran PerniagaanTiadaMenjadikan kuat atau lebih kuat.
الأظهرal-azharAgama IslamFiqhPendapat yang lebih kuat daripada pendapat yang kuat dalam mazhab Syafi‘iyy.
neutral saltgaram neutralKimiaTiadaGaram yang terhasil daripada tindak balas asid kuat dengan alkali kuat. Garam ini larut di dalam air tanpa menyebabkan hidrolisis, dan pH larutan ialah 7.0. Misalnya, kalium klorida, KCI.
meteorological warningamaran meteorologiSainsHidrometeorologiMaklumat yang disediakan di pejabat kawalan meteorologi berkenaan kejadian atau kemungkinan kejadian satu atau lebih fenomena berikut; kawasan ribut petir yang giat, ribut putaran tropika, golakan kuat, pengaisan kuat, ombak besar, ribut pasir atau ribut habuk yang meluas.
meteorological warningamaran meteorologiMeteorologiMeteorologi PerhubunganMaklumat yang disediakan di pejabat kawalan meteorologi tempat kejadian kemungkinan kejadian satu atau lebih fenomena, seperti kawasan ribut petir yang giat, ribut putaran tropika, golakan kuat, pengaisan kuat, ombak besar, ribut pasir, atau ribut habuk yang meluas.
power and authoritykuasa dan kuat kuasa; hak kuasa dan kuat kuasaSejarahTiadaKuasa yang menentukan hak pemerintahan dan hak untuk melaksanakan kuasa tersebut.
position of strengthkedudukan kuatSejarahTiadaTempat yang dianggap cukup selamat dan kuat khususnya kedudukan pihak tentera dalam menentang musuhnya.
high explosivesbahan letupan kuatKimiaTiadaBahan letupan yang mengandungi nitrogen dan meletup akibat kejutan atau haba. Letupannya sangat kuat dan berlaku serta-merta. Misalnya, trinitrotoluena (TNT) dan nitrogliserin.
12345678910...

Kembali ke atas