Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Br kubur orang kenamaan, makam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kubah I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'vault' dan 'dome' mempunyai kata yang sama dalam bahasa melayu iaitu 'kubah'?
Ya, "vault" dan "dome" merujuk kubah. Kamus-Inggeris Dewan mentakrifkan "vault" sebagai arched structure forming a roof or ceiling, kekubah; manakala "dome" sebagai kubah: the stately ~ of the mosque, kubah masjid yg berdiri megah; the blue ~ of the sky, kubah langit yg biru; the ~ of the head, lengkung kepala.


Makna10.07.2014
APAKAH MAKSUD GELARAN PERKATAAN `KOP'?Menurut Kamus Dewan, 'kop' bermaksud bekam; tanduk; edaran atau pusingan 12 tahun kalendar orang Siam, Jepun dan Cina; kubah; tempat duduk belakang gajah. Sila pastikan soalan yang berkaitan dengan gelaran.Makna17.06.2008
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin mendapatkan nasihat pihak tuan/puan mengenai istilah Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan sebagai terjemahan bagi yang berikut: 1. Diamond Turned Dome 2. Frangible Dome 3. Shaped Dome 4. Pelicle Filter 5. Mount Articulating Lazy Arm Kesemua istilah tersebut adalah berkaitan alat-alat/bahagian-bahagian peralatan tertentu. Sekian, ribuan terima kasih.Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 

 1. Diamond Turned Dome - Kubah Pusing Intan
 2. Frangible Dome - Kubah Repas
 3. Shaped Dome -Kubah Berbentuk
 4. Pelicle Filter - Penapis pelikel
 5. Mount Articulating Lazy Arm - Lengan Artikulat Lekap
Istilah07.12.2015
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta cadangan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1) Standoff (alat seperti sesendal) 2) Diamond Turned Dome 3) Frangible Dome 4) Pedestal Mounted Place Robot 5) Rectilinear Welding Robot Bantuan daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan dihargai. Sekian, terima kasih. SriPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Standoff - Sesendal
2. Diamond Turned Dome - Kubah Pusing Intan
3. Frangible Dome - Kubah Repas
4. Pedestal Mounted Place Robot - Robot Setempat Berkaki
5. Rectilinear Welding Robot - Robot Kimpalan Rektilinear
Istilah05.12.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020

Kembali ke atas