Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Br kubur orang kenamaan, makam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kubah I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUBAH GEODESIK

Kubah Geodesik lihat Seni bina (gambar: Kubah

geodesik).

UMUM 
KUBAH

Kubah ialah bumbung melengkung yang dibina

pada tapak bulat seperti mangkuk yang ditelangkupkan.

UMUM 
NADIR

Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada

di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi

seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan

seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya

membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas

permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan

ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini,

betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat

bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh

kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di

bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan

penghujung garisan ladung yang kita bayangkan

tadi, ialah <I>zenit I>dan <I>nadirI>. Titik-titik ini ialah kutub

bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90°

darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit.

UMUM 
KUPOLA

Kupola ialah kubah kecil yang menyaluti

puncak bumbung atau menara.

UMUM 
OVENBIRD

Ovenbird ialah dua jenis burung Amerika yang

membuat sarang berbentuk kubah. <i> Rufous i>

<i> Ovenbird i> di kawasan tropika dan Amerika

Selatan adalah burung oak thrush berwarna

perang kemerahan yang membuat sarang bulat

daripada lumpur berbentuk seperti ketuhar kuno

pembuat roti. Nama lain yang biasa digunakan

bagi burung ini ialah <i> honero i> yang bermakna

pembuat roti dalam bahasa Sepanyol. Rufous

Ovenbird membuat sarang di desa lapang,

biasanya di tiang pintu pagar di padang ternak

lembu yang luas, di <i> pampas i> (padang rumput

Amerika Selatan).

UMUM 
PLANETARIUM

Planetarium ialah peranti yang menunjukkan

perubahan kedudukan matahari, bulan, bintang, dan

planet dengan cara mengunjurkan cahaya ke dalam

kubah. Bangunan yang mengandungi peranti ini

dikenali sebagai planetarium. Bangunan ini dapat

berdiri sendiri atau merupakan sebahagian daripada

bangunan muzium, sekolah, atau universiti.

Perkataan <i> planetarium i> juga membawa erti peranti

yang menunjukkan pergerakan planet mengelilingi

matahari.

UMUM 
KARANG

Karang ialah bentukan batu kapur yang

terbentuk di laut oleh berjuta-juta haiwan halus.

Bentukan karang mungkin kelihatan seperti pokok

bercabang, kubah besar, kerak kecil yang tidak

malar, atau seperti paip organ yang halus.

UMUM 
TERSEDU

Tersedu ialah pengambilan udara secara

mendadak dan tidak dapat dikawal yang

disebabkan oleh kekejangan diafragma. Diafragma

ialah otot yang besar, kuat, dan berbentuk kubah

yang terletak di bawah rongga dada. Ia mengecut

dan mengendur untuk membawa udara masuk ke

dalam paru-paru dan mengeluarkannya.

UMUM 
KEKUBAH

Kekubah ialah bumbung atau siling yang

melengkung. Kekubah paling biasanya dibuat

daripada batu bata, konkrit, atau batu. Empat jenis

utama kekubah adalah (1) kekubah terowong,

(2) kekubah groin, (3) kekubah tetulang, (4) kubah.

UMUM 
DIAFRAGMA

Diafragma ialah otot besar yang melekat pada

tulang rusuk bawah yang memisahkan dada

daripada abdomen. Hanya manusia dan

mamalia lain mempunyai diafragma yang sempurna.

Diafragma ialah otot utama yang digunakan

dalam pernafasan. Ia berbentuk seperti kubah.

UMUM 
12

Kembali ke atas