Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.bang] | کوبڠ

Definisi : lopak atau lubang di tanah yg berisi air dan lumpur (tempat kerbau berendam); asalnya dr kubangan ki (orang yg) terlalu hina; air lalu, kubangan tohor prb upah atau wang yg diterima habis dibelanja (utk membayar hutang); besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan prb tiap-tiap orang mulia dan berkuasa di tempatnya masing-masing; tiada kubangan yg tiada berkodok prb tiada negeri yg tidak ada keburukannya; berkubang 1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya; 2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~; 3. ber­lumpur, bergelumang dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bang] | کوبڠ

Definisi : ; berkubang Kl bersepah-sepah (sampah, kain baju, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bang] | کوبڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), kubin, meng­kubung, selaru, sepedas, telinga gajah, Macaranga gigantea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bang] | کوبڠ

Definisi : , = kubangan lopak atau lubang yg berisi air dan lumpur (tempat kerbau berendam). berkubang berendam dlm kubang (bkn kerbau dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang berlumpur, lopak;,
Kata Terbitan : berkubang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nak daftar dgn Majlis Daerah Kubang Pasu perlukan sijil pengesahan bahasa drp DBP.. Mcmana nak buat?Salam sejahtera,

Tuan,

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

2. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain04.07.2019
ADAKAH PERKATAAN LIW YEW MARKETING SDN.BHD BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN SENDIRIAN DARI MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU.

Sila layari laman dbpsahbahasa.my untuk memohon pengesahan bahasa papan iklan.  Tuan boleh mengikut panduan yang diberikan.  Terima kasih.

Lain-lain07.07.2021
PENGESAHAN EJAAN PAPAN TANDA SYARIKAT: EMPAYAR DAMAI SDN BHD (681281-X) ALAMAT: NO 16089 & 16090 HADAPAN NIRWANA JALAN KUBANG KURUS 24000 KEMAMAN TERENGGANU NO TEL: +609 8599090/91 NO FAKS: +609 8599092 EMAIL: sales@empayardamai.comMasukkan keterangan aktiviti dalam iklan tersebut, contohnya: Pejabat Urusan, diikuti nama syarikat dan alamat, pastikan ejaan yang digunakan adalah ejaan yang betul seperti Tel. (singkatan mesti ada noktah), Faks dan E-mel.Lain-lain24.10.2011
Saya amat keliru dengan beberapa nama bazar atau pasar larut malam yang menggunakan nama seperti Damansara Uptown (di pinggir bandar raya Kuala Lumpur), Kota Bharu Uptown (di pusat bandar raya Kota Bharu), dan Downtown Kubang Kerian (juga di Kota Bharu). Sebenarnya apakah istilah yang paling tepat untuk bazar atau pasar larut malam? "Uptown" atau "downtown"?

Mengikut data DBP, istilah “uptown” dalam bidang geografi merujuk pada “pinggir bandar”. Manakala “downtown” merujuk pada “pusat bandar raya” dalam istilah sains politik dan geografi, dan “pusat bandar” untuk istilah pelancongan.  Daripada pemerian ini, penggunaan dalam masyarakat menggunakan “Uptown” untuk bazar yang terletak di pinggir bandar, manakala sekiranya bazar di kawasan pusat bandar akan dinamai “Downtown”. Namun demikian, istilah “uptown” dan “downtown” untuk merujuk bazar larut malam belum dimasukkan sebagai entri Kamus.  

Istilah19.03.2014

Kembali ke atas