Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.bu] | کوبو

Definisi : 1. sj pagar drpd kayu dan tanah utk menahan serbuan (serangan dll): murkalah ia lalu bertitah menyuruh kerahkan segala isi negeri cacakkan ~, aturkan meriam; 2. tempat pertahanan (yg diperkukuh dgn pagar atau benteng, kelengkapan alat senjata, dll), tempat pertahanan sementara (berupa ben­teng dll): Kampung Mersing Kanan benar-benar menjadi ~ Wan Derus; 3. tempat ygberpagar kuat utk menangkap gajah; berkubu 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu; berkubukan menjadikan (menggunakan) sesuatu sbg kubu: jika kita ~ batang pisang alangkah baiknya; mengubui membuat kubu pd, memperkukuh (sesuatu) dgn kubu; terkubu terperangkap di dlm kubu (bkn gajah): barang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~; perkubuan benteng-benteng utk pertahanan: pengawalnya memberitahu bahawa musuh telah sampai ke kawasan ~ mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : ; rotan ~ sj tumbuhan (akar memanjat), Treycinetia javanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : ; orang ~ puak atau suku bangsa yg tinggal di hutan-hutan Jambi dan Palembang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : 1 pagar drpd kayu dll utk menahan serangan musuh dll. 2 tempat bertahan yg diberi berpagar dan dilengkapi senjata; benteng tempat menahan serangan musuh: Mereka membuat ~ di atas bukit itu. 3 tempat yg berpagar utk menangkap gajah. berkubu 1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu. berkubukan menggunakan sesuatu sbg kubu: ~ batang pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubu (kata nama)
1. Bersinonim dengan pagar: benteng, tembok,

2. Bersinonim dengan tempat bertahan: tempat berlindung, tempat bersembunyi,

Kata Terbitan : berkubu, mengubui, terkubu, perkubuan,

Puisi
 

Kalau berperang di dalam kubu,
     Tombak lembing buat perisai;
Kalau hilang ayah ibuku,
     Seperti karang bunga berderai.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
castlekubu kota; mahligai;kubuKejuruteraanTiada1. Kubu: Bekas untuk menempatkan pembilang dan bahan radioaktif supaya mengurangi sinaran luar.
castlekubu kota; mahligaiSejarahTiada2. Kubu kota: Bangunan besar atau sekumpulan bangunan kepunyaan golongan bangsawan yang dibina dalam abad pertengahan untuk pertahanan diri.
AlhambraAlhambraKesenianSeni BinaKubu yang dibina pada zaman kerajaan Islam Moor di Granada yang mengandungi masjid, istana dan kompleks kota yang bercirikan bangunan dalam taman. Kubu ini juga dilengkapi dengan binaan lain seperti saluran air, kolam dan pancutan air untuk merealisasikan konsep bangunan dalam taman. Kubu ini dibina daripada batu kelikir dan bata tanah liat halus. Alhambra menjadi salah satu contoh gaya seni bina Moor. Alhambra berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud istana merah.
brochrumah kubuSejarahTiadaSalah satu menara kubu zaman prasejarah yang terdapat di kepulauan Orkney dan Shetland, yang merupakan binaan dua tembok melingkungi bilik-bilik yang kecil.
fortkubuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak pertahanan dan kota pemerintahan yang diperbuat daripada bata, kayu bakau, cangkerang atau tanah yang ditinggikan. Kedudukannya terletak di kawasan pedalaman atau dipinggir sungai. Terdapat juga kubu yang mempunyai menara peninjau. Di Malaysia, perkembangannya wujud sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Lama dan Baru serta semasa zaman penjajahan Belanda dan Inggeris. Contohnya, Kota Johor Lama (Johor), Kubu Datuk Maharaja Lela (Perak) dan A. Famosa (Melaka). Sinonim benteng.
castlekubu kota; mahligaiKejuruteraanTiadaTiada
castlekubu kota; mahligaiKesenianTiadaTiada
moatkubu paritSejarahTiadaTiada
univallatekubu bentengSejarahTiadaTiada
bridgeheadkubu jambatSejarahTiadaKawasan pertahanan yang berhampiran dengan jambatan sebagai strategi menentang musuh.
1234

Kembali ke atas