Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.car.ka.cir] | کوچر-کاچير

Definisi : (keadaan) tidak teratur atau tidak berketentuan, kacau-bilau, kelam-kabut: ketenteraman rumah tangga menjadi ~ kerana perselisihan faham antara suami isteri; pentadbiran negeri itu ~; sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, masyarakat Arab jahiliah berada dlm ~; mengucar-ngacirkan menjadikan kucar­-kacir; kekucar-kaciran keadaan kucar-kacir: hidup dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.car.ka.cir] | کوچر-کاچير

Definisi : (keadaan) tidak teratur (ter­susun), tidak keruan; ®kucar-kacir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.car.ka.cir] | کوچر-کاچير

Definisi : tidak aman (bkn pertadbiran dll); kacau-bilau; huru-hara: Pertadbiran negeri tsb menjadi ~ oleh sebab pembesar-pembesarnya tidak sepakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucar-kacir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
suasana pasar pada pagi ahad itu_______________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempetiB. Hiruk-pikuk. T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Suasana pasar pada pagi Ahad itu ________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempitaHiruk-pikuk.T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Tuan, adakah ayat-ayat tersebut gramatis? Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat muhibah, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.Ayat yang dinyatakan boleh digunakan. Tatabahasa08.06.2020
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya.

Tatabahasa11.09.2009
SOALAN 1 Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 4:08pm Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas JAWAPAN DARIPADA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jul 10th, 8:43am Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. Terima kasih SOALAN DITANYA SEMULA Ahmad Aiman Nordin Jul 11th, 1:08pm Tuan...bolehkah tuan bagi pencerahan knpa jawapan A?senang jika anak.murid sya bertanya...saya ada bertanya kepada beberapa orang munsyi bahasa...ada yang menjawab A dan C...Suasana di pantai hiruk-pikuk tatkala orang ramai berduyun-duyun ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa11.07.2015
Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 12:23pm Mohon prncerahan pihak tuan dengan segera.. Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegasSuasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa08.07.2015
apakah maksud pincangan?Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela.Makna01.02.2013
Assalamualaikum. Saya melihat ada jawapan DBP yang tidak konsisten di ruangan khidmat nasihat. Perbezaan jawapan begini menimbulkan kekeliruan kepada pengguna terutamanya dalam kalangan pelajar. Ingin saya bertanya, jawapan manakah yang paling tepat? Warna kegemaran saya ialah warna biru. atau Warna kegemaran saya adalah warna biru? Terima kasih atas maklum balas daripada pihak DBP. Saya sangat berharap agar DBP sentiasa membuat semakan jawapan agar pengguna tidak bercelaru. Jika rujukan pun kucar kacir, apatah lagi pengguna. Hidup dengan rujukan yang bercelaru ibarat menjunjung buku tanpa kertas. Kulitnya ada tetapi isinya tiada.Pihak kami ambil maklum berkenaan perkara ini dan akan mengambil tindakan yang selanjutnya.

Jawapan yang betul ialah “Warna kegemaran saya ialah warna biru”. Kata pemeri “adalah” tidak betul jika digunakan dalam ayat tersebut kerana kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Tatabahasa10.08.2022
apakah maksud legasi?

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi'  merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1.  pusaka, hartapeninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3.  kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan).


 

Tatabahasa17.01.2013
apakah maksud "legasi" dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayat. terima kasih.Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi' merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1.  pusaka, harta peninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3.  kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan).Makna10.01.2013
12

Kembali ke atas