Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.cing] | کوچيڠ

Definisi : sj binatang yg kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sbg binatang kesayangan, biasanya utk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus); ~ belanda sj binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci; ~ batu sj kucing liar, Felis bengalensis; ~ emas = ~ tulap, Felis temminckii; ~ hutan sj kucing liar, Felis planiceps; ~ jalang kucing yg terbiar (tidak dipelihara); ~ kerung Kl a) kucing yg kuat (keras) bunyinya; b) ki orang yg berani dan ganas; ~ kurap ki orang yg dipandang hina; ~ negeri kucing yg dipelihara orang; ~ pekak (tuli) sj perangkap tikus; (menantikan) ~ bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku; ~ lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising; ~ melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita; anak ~ menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai; bagai ~ dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang; bagai ~ dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan; bagai ~ kehilangan anak prb peri­hal orang yg hilang akal atau kebingungan; bagai ~ lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang); bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan); bagai ~ menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula; bagai ~ takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan; bagai ~ tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah; bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia; berburu ~ di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram; biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga prb pem­bawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah; duduk spt ~, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu; kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pang­katnya) tidak disegani orang lagi; membeli ~ dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya; memukul ~ di dapur prb meng­aniaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita; mengadu ~ dgn babi prb bermain ceki; spt ~ berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan; spt ~ biang prb berkeluh-kesah; spt ~ di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian; spt anjing dgn ~ prb selalu berkelahi (bergaduh); terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan; kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki; berkucing-kucing 1. sj permainan kanak­-kanak; 2. ki berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.cing] | کوچيڠ

Definisi : 1. sj ikan laut, kasa janggut, Setipinna (Engraulis) melanocir; 2. sj ikan laut, biang­-biang, kasai janggut, Setipinna (Engraulis) taty. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.cing] | کوچيڠ

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan, Toddalia acuclata; ekor ~ a) = buntut ~ sj tumbuhan (herba), Acalypha hispida; b) sj tumbuhan (herba), awi tanah, ketumpang, buntut ucing, Dysophylla auricularia; c) = buntut ~ sj tumbuhan (herba) kacang kayu, kududung padang, pemati ulat, serengan hutan, Uraria crinita; d) sj tumbuhan (herba), angkup merah, bayam pasir, bayam rusa, penjarang ayam, Cyathula prostrata; kucing-kucing; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek) cemperai, cipreh, cimpri, Champereia griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput talan, tasik-tasik, timba tasik, Adenosma capitatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.cing] | کوچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg seakan-akan harimau tetapi jauh lebih kecil dan biasanya dipelihara, Felis domestica. (menantikan) ~ bertanduk (menantikan) perkara mustahil yg tidak mungkin berlaku. ~ kurap ki orang yg dipandang hina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucing

Puisi
 

Ambil limau di tepi beting,
     Beting ada di kebun limau;
Kalau rimau gurunya kucing,
     Kenapa kucing takutkan rimau?


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wild catkucing liarVeterinarTiadaKucing yang tidak pernah mempunyai hubungan dengan manusia sepanjang hidupnya. Kucing liar masih dijumpai di sebahagian besar dunia tetapi jarang ditemui kerana mereka sangat berhati-hati terhadap manusia. Terdapat pelbagai populasi kucing liar di seluruh dunia termasuklah kucing liar Eropah dan kucing liar Afrika.
wau kucingwau kucingKesenianTiadaWau yang bahagian ekornya menyerupai kepala kucing jika diterbalikkan secara grafik.
bungai misai kucingbunga misai kucingKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga misai kucing.
feral catkucing feralVeterinarTiadaKucing domestik yang tidak dipelihara oleh manusia dan tidak memiliki rumah. Kucing feral sangat agresif dan biasanya akan bersembunyi daripada manusia serta tidak akan membiarkan dirinya disentuh atau diuruskan oleh manusia.
stray catkucing terbiarVeterinarTiadaKucing yang berada di luar rumah kerana telah meninggalkan atau tersesat daripada rumah pemiliknya serta telah terputus hubungan dan pergantungan dengan manusia.
cat-scratch diseasepenyakit cakar kucingPerubatanTiadaPembentukan granuloma pada cakaran kucing dan adenitis limfa sekawasan, terjadi 1-3 minggu selepas cakaran, diiringi dengan gejala-gejala sistemik.
cat's -paw calfkalf tapak kucingPerpustakaanTiadaCorak regangan asid pada jilidan kalf yang menggambarkan tanda-tanda tapak seekor kucing.
Orthosiphon stamineusMisai kucingPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae adalah jenis renik. Batangnya bersegi. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, berbentuk ovat dengan tepinya daun berlekuk-lekuk. Bunganya berwarna putih dan ungu muda dengan stamen panjang yang menjulur keluar seperti misai kucing. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah flavonoid, glukosida, minyak pati, sapotonin, ortosifonida, orthosifonin saponin, mioinositol dan sinensetin. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan hiasan. Daunnya dibuat teh herba. Seduhan daun diminum untuk merawat kencing manis, batu buah pinggang dan tekanan darah tinggi.
pet foodmakanan haiwan kesayanganVeterinarTiadaMakanan yang diberi kepada haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing. Biasanya, bahan makanan ini dipasarkan dalam bentuk basah seperti makanan kucing dalam tin atau dalam bentuk kering seperti biskut atau pelet. Makanan ini biasanya diperbuat daripada ikan, daging dan bahan-bahan lain seperti tepung dan kacang soya. Bahan makanan ini perlu dimasak terlebih dahulu kerana lebih digemari oleh haiwan, di samping dapat mengelakkan jangkitan penyakit dan mengurangkan penyakit pencernaan.
Ekor kucingAcalypha hispidaPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Euphorbiaceae. Tumbuhan jenis renik dengan ketinggian hingga 2 m. Daunnya berbentuk ovat (bujur telur) dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika, panjang dan berjuntai. Bunganya kecil berwarna merah tersusun rapat pada tangkai jambak sehingga membentuk rupa ekor kucing. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Akar dan batang digunakan untuk merawat ulser manakala kulit pokok digunakan untuk merawat lelah. Daun dan bunganya digunakan untuk merawat sakit kulit. Bunganya digunakan sebagai tampalan untuk menghentikan pendarahan dan tokak di kaki. Daun dan bunganya digunakan secara luaran untuk merawat sopak (vitiligo). Air rebusan bunga diminum untuk bengkak dalam usus, cirit-birit dan kecacingan. Daunnya mengandungi akalifin, flavanoid, saponin dan tanin.
12345678910...

Kembali ke atas