Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : binatang laut yg kepalanya menyerupai kepala kuda, Hippocampus hudsonius. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kuda lautkuda lautKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk kuda laut yang lazimnya dijadikan hiasan kisi-kisi.
bunga kuda lautbunga kuda lautKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan dan tumbuhan yang mengambil bentuk kuda laut.
unduk-unduk lautunduk-unduk lautKesenianTiadaMotif yang berunsur haiwan berbentuk unduk-unduk laut atau kuda-kuda laut.
polyandrypoliandriPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu jenis sistem mengawan yang melibatkan seekor haiwan betina dipasangkan dengan banyak ekor haiwan jantan. Dalam poliandri, haiwan jantan akan menerima telur daripada haiwan betina dan menjaganya sehingga dilahirkan. Contohnya, kuda laut jantan akan menerima telur daripada kuda laut betina, mensenyawakan, melindungi dalam kantung, melahirkan dan menjaga anak.
kelarai iningkakat(Mur.)kelarai iningkakat(Mur.)KesenianTiadaMotif anyaman berunsur haiwan berbentuk kuda laut kembar.
kelarai nagulanan(Mur.)kelarai nagulanan(Mur.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk motif kuda laut yang bersilang bagi melambangkan perselisihan faham sepasang suami isteri dalam budaya Murut.
ovoviviparous fishikan ovoviviparusPerikananTiadaIkan yang melalui proses pembiakannya secara penetasan telur di dalam badan induk. Anak (embrio) ikan berkembang di dalam telur dan mendapat sumber nutrien daripada kantung telur (yolka). Setelah matang, telur akan dikeluarkan daripada tubuh induk dan menghasilkan individu baharu (anak ikan). Contohnya, ikan pari dan kuda laut (induk jantan).
seagrassrumput lautPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan yang tumbuh di kawasan dasar laut yang cetek atau di kawasan air payau. Rumput laut mempunyai daun berwarna hijau yang berbentuk seperti rumput, mempunyai akar, batang, daun, bunga dan biji benih. Rumput laut juga penting kerana menjadi tempat perlindungan dan makanan kepada pelbagai haiwan laut seperti ikan, ketam, penyu, kuda laut, dugong dan mamalia laut.
active ecotourismekopelancongan aktifPelanconganTiadaAktiviti ekopelancongan yang berasaskan kecergasan, seperti mendaki gunung, menunggang kuda dan menyelam di dasar laut.
zebra sharkyu rimauPerikananTiadaIkan yu daripada famili Stegostomatidae, spesies Stegostoma fasciatum. Yu rimau mendiami laut pada kedalaman 5 hingga 30 meter. Ciri yang paling ketara pada ikan ini ialah badannya yang berbelang seakan kuda belang, langsing dan tirus, mempunyai tompokan hitam yang berselerak di seluruh badan termasuk sirip serta mempunyai ekor yang panjang. Selain itu, terdapat juga satu banjaran yang jelas di kedua-dua sisi badan dan muncung bulat dengan sesungut kecil. Ikan ini gemar memakan moluska, krustasia dan ikan kecil dengan cara menyedut keluar makanan daripada pasir pada waktu malam. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat tunda atau pancing. Nama lain bagi ikan ini ialah yu kebut atau yu cicak.

Kembali ke atas