Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[qud.rat] | قدرة

Definisi : Ar 1. kuasa (Allah); ~ Ilahi; ~ (dan) iradat Tuhan kuasa dan kehendak Tuhan; 2. kuasa, tenaga, kekuatan: semakin lama semakin lemah ~ saya hendak mengawal keinginan saya itu; ~ alam a) kekuatan alam; b) hukum alam, hukum-hukum (kaedah­-kaedah) yg menentukan sesuatu kejadian alam; 3. sifat atau tabiat semula jadi, pembawaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[qud.rat] | قدرة

Definisi : 1 kuasa (Allah): ~ Tuhan. 2 kekuatan atau tenaga utk mengerjakan sesuatu; kuasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kudrat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera tuan. Mudah-mudahan tuan berbahagia setiap hari. Pinta jasa baik dan kudrat bahasa tuan dalam penyelesaian soal saya ini. Soal yang saya muatkan dalam WordPad ini terlalu ketara ditemui dan jika salah, perlu dipinda belum membudaya sehingga rumus yang betul disalahkan, rumus yang salah dibetulkan.Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk  Tatabahasa Dewan. Tatabahasa15.10.2016

Kembali ke atas