Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.gi.ran] | کوݢيرن

Definisi : kumpulan gitar rancak, pancaragam moden yg popular. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.gi.ran] | کوݢيرن

Definisi : (kep drpd kumpulan gitar rancak) pancaragam yg memainkan lagu-lagu rancak yg disukai ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kugiran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rock bandkumpulan rock/kugiran rockMakna07.05.2007
Apakah padanan yang sesuai bagi "goofy band"? Kumpulan muzik dungu? Kugiran bodoh? Kumpulan pelik? Maksud goofy merujuk kepada harmlessly eccentric. Terima kasihSalam sejahtera,

Tuan,

Padanan yang pihak kami boleh cadangkan ialah Kumpulan Aneh.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.10.2017
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan NegaraKata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa26.03.2018
Apakah makna Akronim dalam Bahasa Melayu dan jenis-jenis Akronim serta contohnya?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiranMakna22.01.2008
Apakah terjemahan paling tepat bagi perkataan COOL dalam Bahasa Melayu? Contoh ayat: 1. His brother is the coolest guy around. Ini adalah berdasarkan tingkah laku orang tersebut. 2. The band is considered too cool to be called an indie band. Ini adalah berdasarkan reputasi dan gaya kugiran tersebut. Kedua-dua ayat ini mempunyai maksud yang berkontekskan "hebat", "menarik". "bergaya", tetapi ia tidak begitu tepat. Jika berdasarkan bahasa pasar, SEMPOI kerap digunakan, tetapi adakah DBP sudah mempunyai istilah baru dalam Bahasa Melayu atau akan keluar kelak untuk perkataan COOL supaya orang ramai tidak terus menggunakan perkataan Bahasa Inggeris tersebut?Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "COOL" mengikut konteks ayat yang diberikan ialah hebat. Makna02.05.2021
antara berikut yang manakah bersifat akronim? (a)Mentah (b)Langkah (c)Hemat (d)Bukit

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran

Tatabahasa04.04.2010
1)apakah itu hukum D-m? 2)huraian lanjut tentang akronim 3)apakah itu sebenarnya petikan langsung?Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Cth. guru bahasa, orang lelaki. Akronim ialah singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.Cth. ADUN, cerpen, kugiran, Mara. Petikan langsung melibatkan cakap ajuk.Tatabahasa06.03.2008
Salam, Soalan: Mohon untuk semak adakah perkataan berikut merupakan singkatan: 1. AWAS = "Anda Waspada Anda Selamat" 2. TUMIS = "Tuang Minyak Sedikit" 3. SPENDER/SPENDA/SEPENDA = "Seluar Pendek Dalam" Info Tambahan: Baru-baru ini saya ada melihat beberapa video dari socmed (instagram ig:nadeemode & ig:addinsan) tentang perkataan gabungan .. dan dinyatakan AWAS & TUMIS ini juga merupakan singkatan. Terima kasihMengikut pangkalan data perkamusan DBP, kata awas, tumis dan spender/spenda/sependa bukanlah akronim atau singkatan. Namun, tidak dinafikan terdapat kata yang benar-benar dibentuk daripada gabungan kata seperti kugiran, pawagam, laser, MARA dan sebagainya. Kekreatifan masyarakat membolehkan semua kata diberikan padanan atau rangkaian kata yang membawa makna tertentu. Makna18.07.2023

Kembali ke atas