Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.gi.ran] | کوݢيرن

Definisi : kumpulan gitar rancak, pancaragam moden yg popular. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.gi.ran] | کوݢيرن

Definisi : (kep drpd kumpulan gitar rancak) pancaragam yg memainkan lagu-lagu rancak yg disukai ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kugiran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kugirankugiranMuzikTiada

 Pancaragam muzik popular Melayu yang terdiri daripada tiga jenis gitar, iaitu gitar melodi, gitar rentak dan gitar bes serta dram Barat. Pancaragam ini wujud pada tahun 1960-an. Ku­giran bermaksud kumpulan gitar rancak. Contoh kugiran seperti Siglap 5, Nirwana, The Hooks dan Mutiara Timur. Lihat juga pop-yeh-yeh.

accompanimentiringanMuzikTiada

 Muzik yang mengiringi sesuatu persembahan. Persembahan itu boleh diiringi sejenis alat muzik sahaja seperti piano, gitar atau ensembel kecil seperti kugiran atau ensembel besar seperti orkestra. Muzik iringan biasanya dapat membantu mengindahkan sesuatu persembahan seperti dari aspek ritma dan harmoni serta mampu melahirkan penghayatan terhadap karya tersebut.

pop-yeh-yehpop-yeh-yehMuzikTiada

 Muzik popular Melayu yang berkembang pada tahun 1960-an. Konsep muzik pop-yeh-yeh berasaskan lagu kumpulan Beatles dari England yang mengandungi perkataan yeh-yeh-yeh. Muzik popular ini diiringi kumpulan kugiran. Lihat juga kugiran.

alla brevealla breveMuzikTiada

Meter dupel yang bertempo cepat. Setiap bar mengandungi dua not minim, iaitu setiap satu minim bernilai satu detik.Meter ini khususnya digunakan dalam muzik yang bertempo rancak seperti kugiran. Meter ini biasanya ditandai dengan simbol ¢


Kembali ke atas