Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Hutang Kuih KeramatBaharuddin AdamDewan Pelajar1 June 1975
Perayaan Kuih Cang: mengenang penyair pencinta tanah air dan keamananLee, Selina S.F.Dewan Budaya1 May 2005
Penjual KuihZekHiboran Film4 June 1956
Pesta Kuih BulanTeo HuatDewan Sastera15 December 1984
Penjual Kuih KociHaris Fadilah AhmadKiblat1 June 1991
Baju Biru, Kuih LapisNue QriedzaMingguan Wanita28 October 2005
Budak Penjual KuihM. FauziDewan Siswa1 February 1988

Kembali ke atas