Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kuih-kuih Asli BruneiDewan Bahasa dan PustakaTiada1986 
Kuih Melayu manis dan pedasTimes EditionsTiada2004981-232-618-9
Kuih Tradisi NusantaraCrescent News AgenciesTiada2007983-061-076-4
Kuih-Muih TradisionalDewan Bahasa dan PustakaTiada1999 
Resepi kuih muih tradisional Melayu (Negeri Sembilan)Lembaga Muzium Negeri SembilanTiada2000 
Aneka kuih masyarakat Melayu Tiada2012978-967-0315-00-3
Sumbangan Kuih Raya (BKDBP) Kepada Staf DBPDewan Bahasa dan PustakaTiada2011 
Kompilasi Kuih MelayuAlaf 21 Sdn BhdTiada2010978-983-124-494-4
Gerai Kuih, Dato' KeramatDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Jasa penjual kuih Tiada1990983-9555-72-3
12

Kembali ke atas