Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUIH-MUIH MELAYU

Kuih-muih Melayu ialah kuih-muih tradisi

Melayu yang telah wujud sekian lama dan

diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

UMUM 
PERAYAAN KUIH BULANPerayaan masyarakat CinaBUDAYAPerayaan/Upacara
KUIH-MUIH

KUIH-MUIH, penganan atau juadah yang dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kuih basah dan kuih kering.

BUDAYAKonsep
DONUT

Donut ialah sejenis kuih goreng, berbentuk bulat

dan berlubang di tengah-tengahnya. Peneroka

Belanda membawa kuih goreng (olykoeck) ini ke

tanah jajahan Belanda di Amerika.

UMUM 
TEPUNG UBI KAYU

Tepung ubi kayu ialah kanji makanan yang

banyak digunakan untuk membuat kuih. Ia diambil

daripada akar ubi kayu, iaitu tumbuhan tropika

dalam famili yang sama dengan kacang jarak . Kuih

yang dibuat daripada tepung ubi kayu adalah

berkhasiat dan mudah dihadam.

UMUM 
SIRA

SIRA, proses menyalut kuih yang tawar dengan gula yang telah dicairkan.  Apabila gula yang disiram itu sejuk, ia menjadi keras seperti yang terdapat pada kuih keria.  Antara kuih-muih yang disira ialah gegetas dan kuih kering.  Kuih-muih ini dimasak terlebih dahulu dan disira dengan gula untuk memberi dan menambahkan rasa manis.  Semua kuih yang disira adalah keras dan rangup.  Di Kelantan, `sira’ bermaksud gula yang dimasak pekat atau kering bersama buah-buahan seperti sukun, kundur dan lain-lain seperti yang terdapat dalam sira buah sukun dan sira kundur kulit limau.

BUDAYAMakanan
BAULU

BAULU, sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung, telur dan gula.

BUDAYAKonsep
DODOLDODOL, sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut, gula pasir, santan, gula melaka atau gula enau dan kadang-kadang dicampuri durian. Dodol juga dikenal sebagai kelamai. Dodol dibuat untuk juadah hari raya atau majlis perkahwinan. Bahan untuk membuat dodol mestilah bermutu tinggi dan bersih. BUDAYAMakanan
BINGKA

BINGKA, sejenis kuih yang dibakar.  Bingka atau bengkang biasanya diperbuat daripada campuran tepung, santan, gula pasir dan bahan lain seperti pisang, jagung dan labu.  Ada juga bingka yang diperbuat daripada roti, ubi kayu dan kentang yang tidak menggunakan tepung.  Ada pembuat bingka yang menggantikan santan dengan susu, gula pasir dengan gula merah atau gula melaka.

BUDAYAMakanan
SEKOI

Sekoi ialah mana-mana satu daripada

sekumpulan rumput yang mengeluarkan biji yang

kecil, boleh dimakan. Ia tumbuh subur di tanah

kering berpasir. Bijinya adalah sumber penting

makanan di kawasan kering di Asia dan Afrika.

Penduduk di kawasan ini mengisar biji ini menjadi

tepung untuk dibuat roti leper dan kuih nipis

digoreng atau bijian sekoi dibuat bubur. Di

sesetengah negara, biji, daun dan batang sekoi,

digunakan sebagai makanan haiwan ternakan.

UMUM 
12

Kembali ke atas