akak | sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula, santan, telur dan minyak sapi yang dibakar dengan menggunakan acuan. | Kedah |
anak tangga | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan dan gula, dimasak sehingga pekat, kemudian dibungkus dalam daun pisang sebesar jari dan dikukus. | Kedah |
agaq-agaq liat | sejenis kuih yang dibuat daripada agar-agar yang dimasak bersama-sama gula, batu benang sila dan daun pandan. | Kedah |
agaq-agaq kerin | sejenis kuih yang dibuat daripada agar-agar yang dimasak dengan gula batu, dibekukan, dipotong nipis-nipis dan kemudiannya dijemur. | Kedah |
agaq-agaq gulong | sejenis kuih yang dibuat daripada agar-agar, gula yang dimasak pekat, dibekukan dan digulung. | Kedah |
agaq-agaq basah | sejenis kuih yang dibuat daripada agar-agar yang dicampur dengan gula. | Kedah |
akaq menyusup | sejenis bentuk gubahan pada kuih kering yang berbentuk “S” pautan dua akar bersilang. | Kedah |