Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuil] | کوءيل

Definisi : rumah berhala, tempat memuja dewa­-dewa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuil] | کوءيل

Definisi : rumah tempat orang Hindu dsb memuja berhala atau memuja dewa-dewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penerangan lengkap tentang kuil, gereja dan tokong.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, kuil ialah rumah berhala atau tempat memuja dewa-dewa. Gereja ialah tempat atau rumah sembahyang bagi orang Kristian dan tokong ialah rumah berhala atau gambar patung yang dipuja-puja. Untuk mendapatkan keterangan lengkap, sila rujuk ensiklopedia atau buku-buku berkenaannya.Lain-lain31.01.2010
Adakah perkataan 'sri' yang biasanya terdapat pada nama kuil hindu membawa sebarang maksud tertentu? Saya cuba mencari maksud perkataan 'sri' dan 'seri' tetapi jawapan yang saya peroleh hanyalah merujuk gelaran hormat sahaja.Sri ialah perkataan Sanskrit, namun kami tidak menemukan maksudnya. Dalam bahasa Melayu ejaan yang betul ialah seri, kata "sri" hanya digunakan dalam pingat kebesaran atau nama khas seperti nama tempat "Sri Pantai". Untuk maklumat lanjut tentang maksud seri, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=seri.Makna01.03.2015
Salam, adakah contoh2 ini merupakan kata nama am tak hidup institusi? klinik, pertubuhan, kuil, masjid, bank, perhentian teksi, stesen bas. Adakah kesemua kata nama am tak hidup institusi memerlukan kata sendi nama kepada dan daripada di depannya?Adakah itu bermakna penggunaan kata sendi nama dari dan ke dianggap menyalahi ayat tersebut? Boleh tuan/puan berikan contoh lain yang lebih jelas? Terima kasih.Untuk makluman tuan, kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah; di, ke, dari ,d aripada, kepada, pada, bagi dan banyak lagi. Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaanya ditentukan oleh peraturan khusus. 

Dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Daripada pula di hadapan kata nama atau frasa nama, punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, perbezaan atau perbandingan atau menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan. 

Kata sendi nama "pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti ... bermula pada hari ini .... , manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.
Tatabahasa21.11.2013
Salam tuan/puan, Harap tuan/puan sudi meluangkan masa untuk mengkategorikan kata nama yang saya berikan sebagai contoh di bawah sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK). Jika KNATHI, tuan/puan boleh tandakan (I) atau jika KNATHBIK) tandakan (B). rumah padang sekolah bank mahkamah gereja masjid tokong kuil perpustakaan muzium istana plaza tol pasar malam tanjung teluk terowong tandas makmal taman dapur langit balai bomba balai polis kompleks sukan pejabat tanah pejabat imigresen universiti pejabat pos kilang roti kedai buku stesen minyak kafe siber Terima kasih yang tidak terhingga.Pengenalpastian sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK) dibuat melalui kehadiran kata sendi nama sebelum kata nama tersebut. KNATHI dikenal pasti melalui kehadiran kata sendi nama (KSN) kepada dan daripada sebelum KNATHI, manakala KNATHBIK didahului oleh KSN ke dan dari. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 99-100. Tatabahasa19.11.2014
Saya sedang mencari nama yang sesuai untuk penjenamaan semula bilik-bilik khas di sekolah saya. Contohnya untuk perpustakaan, makmal bahasa dan studio seni. saya agak teruja apabila mendengar perkataan gapura. adakah ia sesuai. contoh penggunaannya - gapura ilmu untuk perpustakaann, gapura linguistik untuk makmal bahasa dan gapura artistik untuk studio seni. Adakah ia sesuai? terima kasih.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan gapura sebagai pintu gerbang (istana, kuil, dll); ~ ilmu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian. Berdasarkan takrifan tersebut, istilah gapura tidak sesuai untuk penamaan sebuah bilik.  

Istilah01.04.2010

Kembali ke atas