Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuil] | کوءيل

Definisi : rumah berhala, tempat memuja dewa­-dewa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuil] | کوءيل

Definisi : rumah tempat orang Hindu dsb memuja berhala atau memuja dewa-dewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zigguratziguratKesenianSeni BinaMenara kuil dalam seni bina Sumeria dan kerajaan Babylon Assyrian yang diperbuat daripada bata lumpur. Menara ini mempunyai dinding berbentuk condong dan diperbuat daripada bata bakar. Menara ini mempunyai beberapa siri dinding condong dan pentas yang boleh dilalui melalui tangga sehingga ke puncak. Di bahagian puncaknya terdapat kuil untuk tujuan keagamaan bagi masyarakat tersebut. Zigurat dipercayai dibina sekitar tahun 300 tahun sebelum Masihi. Zigurat mempunyai bentuk seperti piramid yang bertangga.
repp quiltkuil repKesenianTiadaTiada
templetempel; pelipis; kuil; tokongPerubatanTiadaPelipis: Kawasan di atas dan depan telinga.
templetempel; pelipis; kuil; tokongPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
templetempel; pelipis; kuil; tokongPerubatanTiadaTiada
pantheon (of building)kuil dewataSejarahTiadaTiada
aediculeaedikulKesenianHiasan DalamanStruktur binaan di tempat suci, seperti kuil, yang mengandungi dua tiang, yang digunakan sebagai tempat penyembahan. Pada zaman klasik, struktur binaan ini merujuk kepada bentuk bingkai yang dihasilkan oleh tiang bukaan pintu atau tingkap.
decastyledekagayaKesenianSeni BinaSusunan komposisi binaan yang mempunyai sepuluh tiang. Susunan seperti ini boleh ditemui pada kuil Apollo Didymaeus di Miletus dan serambi anjung Universiti College London.
ceremonial sitetapak istiadatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak untuk upacara penyembahan yang mempunyai binaan monumen, tugu peringatan, kuil, ukiran kayu dan batu. Sekiranya tapak istiadat besar dan luas, biasanya terdapat kawasan kediaman di tapak ini. Contohnya, tapak yang didiami oleh golongan pentadbir politik dan agama di Teotihuacan, Mexico.
likaylikayMuzikTiada

 Teater popular atau opera Thailand yang dipersembahkan untuk hiburan di pentas prosenium di kuil dan di pasar. Tea­ter ini menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Cerita yang dipentaskan berkaitan dengan orang bangsawan dan rakyat biasa serta sejarah. Nyanyian, tarian dan cerita diiringi ensembel pi phot. Teater ini mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara, iaitu stambul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong di Vietnam. Sinonim jikey.

123

Kembali ke atas