Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ku] | کوکو

Definisi : 1. selaput atau bahagian keras yg tumbuh pd hujung jari manusia, benda keras yg menganjur yg tumbuh pd hujung kaki binatang (ada yg besar dan ada yg panjang dan tajam): menggaru dgn ~; ~ kuda; ~ kucing; bunga ~ bahagian pangkal kuku yg keputih­-putihan; daging (isi) ~ bahagian tengah kuku yg melekat pd isi jari; sehujung ~ ki sangat sedikit; 2. bermacam-macam alat atau baha­gian alat yg rupanya atau gunanya sama spt kuku manusia atau kuku binatang; ~ bajang hujung bajang; ~ besi ki (yg) berdasarkan atau cenderung menggunakan kekerasan (kekejaman, paksaan); ~ betul bahagian kuku yg melekat pd hujung kulit; ~ kambing a) kuku pd hujung kaki kambing; b) sj alat utk menanam anak padi (di tanah lembut); ~ sauh pengait (cangkuk) pd sauh; bagai ~ dgn isi (daging) prb sangat erat (karib) perhubungan atau persahabatan (tidak berenggang atau bercerai); (harimau) memperlihatkan ~nya prb (seseorang) menunjuk­kan kuasanya; kalau dibalun sebalun ~, kalau digumpal segumpal tanah prb alam rohani yg tidak terbatas tetapi dapat dikecilkan sekecil-kecilnya; sekuku = ~ hitam sangat sedikit, sehujung kuku: dirasanya perjuangannya sia-sia dan tidak berfaedah ~ pun; berkuku 1. mempunyai kuku; harimau ~ tajam; ~ belah berbelah dua kukunya (spt lembu, kerbau, dll); ~ satu (tunggal) mempunyai satu kuku (bkn kuda dll); 2. ki berkuasa, berkukuh: tentera Jepun telah ~ hampir empat tahun di Semenanjung Tanah Melayu; tidak ~ ki tidak berkuasa (berpengaruh); ~ besi ki bersikap (bersifat, berlaku) kejam atau terlalu keras (terhadap rakyat dll); belum ~ hendak menggaruk (mencubit) = belum bergigi sudah hendak menggigit prb belum berkuasa sudah hendak menegur-negur (memerintah dll) orang; diberi ~ hendak mencengkam prb diberi kuasa sedikit sudah hendak menindas (menganiaya) orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ku] | کوکو

Definisi : ; ~ gerda sj tumbuhan (pokok renek), pokok teh, siku keluang, Nothopanax fruiticosum; ~ lang a) sj tumbuhan (pokok meman­jat), akar selembah, belalai gajah, kait-kait hitam besar, kait-kait jantan, Uncaria sclerophylla; b) = akar ~ balam = akar ~ lipan sj tumbuhan (pokok menjalar), daun kait-kait, duri sakah, Zizyphus venoplia; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), kayu sekatuk, Zanthoxylum hirtellum; ~ lang laut sj tumbuhan (pokok), Aegliceras corniculatum; ~ lang paya sj tumbuhan (pokok memanjat), pekan betina (hutan, jan­tan), Jasminum bifarium; ~ lang rimba sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kait-kait, akar onak, damai-damai, jambu kelawar, Zizyphus calopyhlla; akar ~ lang sj tumbuhan (pokok memanjat), darah belut, gorek, kelici rimba, kulang, maticang, mentiung, tampu rengat, Mezoneuron sumatranum; rumput ~ sj tumbuhan (pokok renek), nilau bukit, Pogostemon heyneanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ku] | کوکو

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, Acanthopagrus berda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ku] | کوکو

Definisi : 1 benda keras yg tumbuh pd hujung jari manusia atau pd hujung jari setengah-setengah binatang: ~ kucing; ~ harimau. 2 berbagai-bagai jenis alat atau bahagian alat yg bentuknya atau gunanya spt kuku manusia atau spt kuku binatang. ~ bajang hujung bajang (pd penyambung kayu). ~ besi a. alat yg menyerupai kuku yg dibuat drpd besi utk mengopek kelapa dll. b. ki bersifat kejam atau zalim; berdasarkan kekejaman atau kekerasan (bkn pemerintahan, pentadbiran dsb). ~ kambing a. kuku pd hujung kaki kambing. b. alat utk menanam anak padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ku.ku] | کوکو

Definisi : bunyi burung (spt balam, tekukur). berkuku berbunyi (bkn burung balam, tekukur dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuku

Puisi
 

Oranglah Acheh keratlah kuku,
     Kerat-kerat luka jarinya;
Oranglah berkasih tidak begitu,
     Taruh terikat di dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Harimau menyorokkan kuku.

Bermaksud :

Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Saya potong kuku dengan pemotong kuku. 2. saya memotong kuku dengan pemotong kuku. mana satukah yang betul?Ayat yang gramatis ialah "Saya memotong kuku menggunakan/dengan pemotong kuku"Tatabahasa20.05.2013
pengetip kuku atau pemotong kuku??Pengetip kuku dan pemotong kuku, kedua-duanya adalah betul.Istilah19.05.2011
1.Apakah beza melontar bola dengan membaling bola? 2.Perbezaan antara mengayuh basikal dengan menunggang basikal? 3.memotong kuku , mengetip kuku dan memepat kuku, adakah ketiga-tiga kosa kata ini adalah sama maksud? Tidak ada perbezaaan antara melontar/membaling bola,  mengayuh/menunggang  basikal, memotong, mengetip/memepat kuku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Istilah14.08.2010
Apakah nama untuk daging yang tumbuh di sisi kuku dan di pangkal kuku, yang lazimnya perlu dibuang tetapi tidak menyakitkan apabila dipotong? Terima kasih.Adakah yang tuan maksudkan ialah kematu, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kematu untuk melihat maksud yang tersebut atau melihat carian/dapatan lain yang tuan maksudkan.Tatabahasa15.09.2013
Tajuk promosi kami ialah 'Riasan Kuku Bergaya'. Adakah betul penggunaan bahasa di atas?Promosi Riasan Kuku Bergaya adalah salah. Cadangan kami ialah Promosi Rias Kuku.Tatabahasa13.03.2013
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung?Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. Lain-lain29.03.2008
Apakah daftar istilah untuk "in-grown toenail"? Adakah "cantengan" atau "kuku jari kaki tumbuh ke dalam" boleh digunakan? Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan "ingrown toenail" diterjemahkan sebagai "cagu kuku jari kaki" atau "akroniks". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan21.07.2022
Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TKSebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku.Tatabahasa04.07.2012
Salam. Apakah terjemahan yang sesuai bagi claw hammer? Adakah tukul tuil atau tukul kuku kambing? kerana terdapat istilah tukul tuil dalam Kamus PRPM, tetapi dalam silibus KHB, claw hammer menggunakan istilah tukul kuku kambing. Istilah manakah yang lebih tepat? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih. -Aznani-Terjemahan bagi claw hammer ialah tukul tuil seperti yang terdapat dalam PRPM.Penyemakan dan penterjemahan18.07.2018
Saya merupakan pelajar dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. Saya sedang membuat kajian tentang pesanan datuk dan nenek moyang dahulu kala. Contohnya, "Jangan ketip kuku waktu malam, nanti hantu datang". Maksud tersirat, dinasihatkan jangan ketip kuku pada waktu malam kerana takut jari terluka. Saya ingin bertanya sekiranya terdapat penulisan tentang pesanan datuk nenek moyang ini. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya. Terima Kasih.Sila rujuk bahan ini : 1. Cerita peribahasa: bidalan/Buku 7 Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun) Penerbitan Kintan sdn. Bhd. 1995 2. Himpunan peribahasa dan simpulan bahasa KBSM Mohd. Tajudin Hashim S. Abdul Majeed 1990 3. Kamus istimewa peribahasa Melayu [tiada pengarang] Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 4. Adat dan pantang larang orang Melayu A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995 . 5.Pantang larang orang Melayu tradisional Wan Ramli Wan Muhammad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000Lain-lain23.07.2007
123

Kembali ke atas