Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahan­kan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahan­an, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (mene­guhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : ; padi ~ padi yg masak sangat (di pokok). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : 1 tidak mudah roboh atau tidak mudah rosak (bkn bangunan, kereta dll); kuat dan teguh buatannya: Semasa memerintah Melaka, Portugis membangunkan sebuah kota batu yg ~ tempat askarnya berkubu. 2 ki tidak berubah (imannya, pendiriannya dll): Dia masih ~ dgn pendiriannya, tidak mahu bertolak ansur. mengukuh menjadi kukuh: Ekonomi negara semakin ~. mengukuhkan menjadikan kukuh; menguatkan (pertahanan dll); meneguhkan (pendirian dll): Beliau berusaha ~ tali persahabatan antara rakyat di kedua-dua buah negara yg berjiran itu. memperkukuh menjadikan lebih kukuh: ~ tali persaudaraan antara mereka. kekukuhan sifat atau keadaan kukuh; keteguhan. pengukuhan perihal (perbuatan) menjadikan kukuh; peneguhan. pengukuh alat atau sesuatu yg mengukuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kukuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuat: tegap, tahan, tidak mudah rosak, tidak mudah binasa, tidak mudah runtuh, tidak mudah roboh,

2. Dalam konteks pendirian
bersinonim dengan cekal, utuh, sali, kawi, tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak,

3. Bersinonim dengan ketat: tegap, utuh, kemas, rapi,

4. Bersinonim dengan erat: mesra, karib, rapat, akrab,

5. Bersinonim dengan bersatu: padu, bersatu padu, teguh,

Kata Terbitan : berkukuh, mengukuhkan, memperkukuh, kekukuhan,

Puisi
 

Kusangka kapal di tengah laut,
     Rupanya terlanggar karang yang ganas;
Kusangka kukuh embun di rumput,
     Rupanya hilang ditimpa panas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak usah hinggut,
     tiada tercabut.

Bermaksud :

Pendirian yang kukuh, tak mudah berganjak walaupun diugut.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
solid5. firm, strong, a. (gen) teguh, kukuh: a house built on ~ foundations, rumah yg dibina di atas tapak yg kukuh;in spite of its age, the chair is ~, kerusi itu masih kukuh walaupun sudah tua; ~ reasons, alasan yg kukuh; ~ stocks, saham yg kukuh; ~ facts, fakta yg kukuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
safe3.secure from risk of loss, kukuh: a ~ stock to invest money in, stok yg kukuh utk melaburkan wang; his position as leader can be considered ~ now, kedudukannya sbg pemimpin boleh dianggap kukuh sekarang ini; this is a ~ Congress Party seat, ini ialah kerusi Parti Kongres yg kukuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sound 2 3. reliable, strong, kukuh, teguh: he was able to defend his theory with ~ arguments, dia dapat mempertahankan teorinya dgn hujah-hujah yg kukuh; ~ logic, logik yg kukuh; he has built up a ~ business, dia telah membangunkan sebuah perniagaan yg kukuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unsound5. based on faulty reasoning, tdk kukuh: a theory that is ~, teori yg tdk kukuh; the scheme is basically ~, skim itu pd asasnya tdk kukuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
secure5. firm, kukuh: the catch of the necklace is not very ~, cangkuk kalung itu tdk begitu kukuh; these ledges will give you ~ footholds on the face of the cliff, belebas-belebas ini akan memberi kamu tempat berpijak yg kukuh pd tebing cenuram itu; make sure that the ladder is ~ before you start climbing it, pastikan tangga itu kukuh sebelum kamu memanjatnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strong2. firm, sound, kuat, kukuh, teguh; (of chance) baik, teguh; (in health) kuat, sihat: ~ furniture, perabot yg kukuh; the country’s ~ defences helped to save the nation, pertahanan negara itu yg kukuh telah menyelamatkannya; all I can say is that our chances, are not very ~, yg boleh saya katakan ialah peluang yg ada tidaklah begitu teguh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stable 2 2. firmly fixed in position, stabil, kukuh: the wall is braced to make it ~, tembok itu disokong dgn rembat supaya kukuh; make sure the ladder is ~ before you climb it, pastikan tangga itu kukuh sebelum memanjatnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conclusiveadj tdk dapat dipertikaikan, kukuh; (of argument) kukuh: ~ evidence, keterangan yg tdk dapat dipertikaikan; ~ proof of ownership, bukti pemilikan yg tdk dapat dipertikaikan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gilt-edgedadj 1. (of investment) kukuh: ~ bonds, bon kukuh; 2. having gilded edge, tepinya bersadur air emas: a ~ invitation card, kad jemputan yg tepinya bersadur air emas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
footingn 1. secure grip with the feet, berpijak dgn kukuh: be careful of your ~ on the ice, hati-hati kamu berpijak dgn kukuh di permukaan yg berais itu; 2. basis, position, tapak: the organization is now is on a firm ~, persatuan itu sudah mempunyai tapak yg kukuh sekarang; be on a war ~, bersedia utk berperang; put st on a war ~, mengarahkan supaya sst bersedia utk berperang: the government decided to put the army on a war ~, kerajaan memutuskan utk mengarahkan supaya tentera bersedia utk berperang; 3. (status) kedudukan; (relationship) hubungan: to be on an equal ~, mempunyai kedudukan yg sama; she was on a friendly ~ with her neighbours, dia mempunyai hubungan yg mesra dgn jiran-jiran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas