Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.kup] | کوکوڤ

Definisi : lumpur yg ditimbunkan oleh air di sepanjang pantai laut atau tebing sungai: di pantai tersebut, airnya cetek dan selalu didapati ~; ~ salji (Geog) timbunan salji yg telah berpindah tempat (kerana digerakkan oleh air dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kup] | کوکوڤ

Definisi : lumpur yg ditimbunkan oleh air di sepanjang pantai laut atau di tebing sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kukup


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAH BENCAH

Tanah bencah ialah sebuah kawasan tanah yang

aras airnya kekal hampir atau di atas permukaan

tanah selama hampir sepanjang tahun.

Tanah bencah meliputi kira-kira enam peratus

daripada permukaan tanah bumi. Ia menampung

pelbagai jenis haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan

dan merupakan satu daripada ekosistem

dunia yang paling produktif (subur) dari segi biologi.

Tanah bencah pantai, muara dan kukup ialah tempat

bertelur dan pembiakan yang penting bagi ikan dan

kerang-kerangan. Tanah bencah juga berupaya

menyaring keluar keseluruhan pencemaran dalam air

seperti virus daripada kerja kumbahan atau logam

berat daripada loji industri.

UMUM 

Kembali ke atas