Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.kur] | کوکور

Definisi : alat bergerigi hujungnya utk mengeruk (mengikis) isi kelapa; ~ apa kpd ~, nyiur juga yg binasa = apa peduli pd kukuran, nyiur juga yg akan habis prb mudah bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi yg melakukannya juga yg menemui kesukaran; murah terbelingut bagai kukuran timah prb mudah merajuk atau berkecil hati; satu hadap bagai kukuran prb orang yg mahir dlm satu pekerjaan sahaja; mengukur 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; pengukur 1. kukuran; 2. orang yg mengukur (kelapa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kur] | کوکور

Definisi : bunyi burung tekukur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kur] | کوکور

Definisi : bergerigi (bkn tepi daun); ~ halus bergerigi halus (bkn tepi daun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kur] | کوکور

Definisi : , = kukuran alat yg bergerigi hujungnya utk mengeruk isi kelapa dr tempurungnya. mengukur mengeruk isi kelapa dgn menggunakan kukur. pengukur 1 alat utk mengukur kelapa; kukuran. 2 orang yg mengukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kukur

Puisi
 

Kukur nyiur perah santan,
     Anak kijang di Bukit Lagi;
Kalau nak tengok hati jantan,
     Cuba bujang sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Enggang apa kepada enggang;
     orang apa kepada orang.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kukur apa kepada kukur nyiur juga yang binasaAlias Hj. YusofDewan Budaya1 March 1981
Rahsia Tersembunyi Di Sebalik Kukur KelapaNik Adzrieman Haji Abdul RahmanDewan Budaya1 January 2003
Rahsia tersembunyi di sebalik kukur kelapaNik Adzrieman Haji Abdul RahmanDewan Budaya1 January 2003

Kembali ke atas