Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.la.pu/] | کولاڤوق

Definisi : (Bio) kulat yg menyebabkan pertumbuhan yg berbulu halus rupanya di permukaan bahan organik yg lembap atau reput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.la.pu/] | کولاڤوق

Definisi : cendawan yg merosakkan tumbuh-tumbuhan dan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kulapuk


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KULAPUK LENDIR

Kulapuk lendir ialah kulat halus dan ringkas

yang biasanya hidup di atas kayu reput dan tanah

lembap. Kulapuk lendir pada tradisinya dikelaskan

dalam kedua-dua alam haiwan dan alam tumbuhan.

Walau bagaimanapun, ramai ahli biologi kini

mengelaskannya dalam alam kulat.

UMUM 
KULAPUK

Kulapuk ialah sejenis kulat yang kerap tumbuh

pada makanan. Seperti juga cendawan, mildew,

dan kulat-kulat lain, kulapuk tidak mempunyai

klorofil, iaitu bahan pewarna hijau yang digunakan

oleh tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan.

UMUM 
MIKROBIOLOGI

Mikrobiologi ialah kajian tentang organisma

mikroskopik. Organisma ini ada kalanya dikenali

mikrob . Ia terdiri daripada alga, bakteria, kulapuk,

protozoa, virus dan yis. Ahli mikrobiologi juga

mengkaji zarah berjangkit yang seni seperti prion,

viroid dan juga plasmid.

UMUM 
SAPROFIT

Saprofit ialah benda hidup yang mendapat

makanannya daripada sisa organisma yang mati.

Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti

cendawan, dan kulapuk – atau bakteria. Organisma ini

tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang

membolehkan tumbuhan membuat makanannya

melalui fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Saprofit

menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan

untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya

menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan

karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh

menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain

yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya

menjadi sebatian yang lebih ringkas.

UMUM 
MIKOTOKSIN

Mikotoksin adalah mana-mana satu daripada

bahan kimia beracun yang dihasilkan oleh kulat-kulat.

Mikotoksin terbentuk pada tanaman makanan

berkulapuk dan tumbuhan lain, walaupun bukan

semua kulapuk menghasilkan mikotoksin. Tanaman

yang paling sering dijangkiti oleh mikotoksin

termasuk jagung, padi, gandum dan kacang tanah.

Makanan atau makanan haiwan ternakan yang dibuat

daripada tanaman yang tercemar boleh meracuni

manusia dan haiwan. Daging dan keluaran susu

daripada haiwan yang telah memakan bijian yang

dijangkiti juga boleh memudaratkan manusia. Agensi

kerajaan di banyak negara memeriksa paras

mikotoksin dalam makanan dan makanan haiwan

ternakan.

UMUM 
STIROFOAM

Stirofoam ialah nama dagang bagi satu bentuk

plastik yang dikenali sebagai busa polistirena. Ia

mengandungi berjuta-juta gelembung udara yang

halus, yang menjadikannya nipis dan pengalir haba

yang tidak baik. Stirofoam hanya menyerap air

dalam kadar yang amat sedikit, manakala bakteria

dan kulapuk tidak boleh merosakkannya.

UMUM 

Kembali ke atas