Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.lit] | کوليت

Definisi : 1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasar­kan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlin­dung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuning­kuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berke­turunan Eropah; ~ renang kulit yg menghu­bungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perun­dingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulit­nya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (bu­ku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lit] | کوليت

Definisi : ; ~ lawang sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum culilawan; ~ manis sj tumbuhan (pokok), kayu manis, Cinnamomum cassia (Cinnamomum zeylamcum); akar ~ manis sj tumbuhan (akar berteras), akar manis, tebu gajah, Albizzia myriophylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lit] | کوليت

Definisi : 1 lapisan yg di sebelah luar tubuh manusia (binatang, buku dll): ~nya hitam manis. ~ buaya dpt dibuat kasut. ~ buku itu tebal. 2 bahagian luar yg menyaluti buah-buahan (batang pokok, telur dll): ~ buah durian berduri-duri. ~ kayu itu tebal dan keras. ~ ari a. selaput yg tipis pd isi kelapa (beras dll). b. lapisan kulit tipis (pd tubuh manusia). ~ bumi lapisan yg di sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu, tanah dll. ~ kayu manis kulit kayu yg manis dan pedas rasanya (biasanya dijadikan ramuan dlm masakan). berkulit mempunyai kulit; ada kulitnya: Pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis. Buku yg dibawanya itu tidak ~. mengulit bersalin atau bertukar kulit (bkn ular dll). menguliti 1 menyiat atau membuang kulit binatang yg disembelih dll. 2 memberi berkulit (bkn buku dsb): Kerjanya ~ buku. perkulitan tempat menyamak kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kulit (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangat: sampil

2. Bersinonim dengan penutup: pembalut

Kata Terbitan : mengulit, menguliti,

Puisi
 

Kulit ular dikata tebal,
     Tebal lagi kulit sawa;
Kalau pujuk makin menyebal,
     Kalau dimarah baru tertawa.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Kulit hitam orang tengok,
     tulang putih siapa jenguk.

Bermaksud :

Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
skinn 1. natural covering of human body or animal, kulit: ~ cancer, barah kulit;fair ~, kulit cerah; 2. outer covering of fruit or plant, kulit: an orange ~, kulit oren; 3. film-like layer on some liquids, kepala: the milk has a ~ on it, susu itu berkepala;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tan12. (skin) keperangan kulit, warna perang pd kulit: oh dear! I’m beginning to lose my ~, sayangnya! Warna perang pd kulit saya mulai hilang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
peeln kulit: orange ~, kulit oren;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
case 2n 1. outer protective layer, kulit: seed ~, kulit biji; 2. close-fitting cover, sarung: spectacle - ~, sarung cermin mata; pillow ~, sarung bantal; 3. box, kotak: packing ~, kotak (simpan) barang; two ~s of wine, dua kotak wain; 4. chest, peti; 5. suitcase, beg; 6. container, a. (gen) bekas: jewel ~, bekas barang kemas; b. (for cigarettes) celepa; c. (for violin, guitar, etc) peti; 7. also glass case, almari kaca; 8. (printing) petak (atur huruf);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leathern kulit: articles made of real ~ are usually expensive, barang-barang yg dibuat drpd kulit asli biasanya mahal; ~ gloves, sarung tangan kulit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leathern kulit: articles made of real ~ are usually expensive, barang-barang yg dibuat drpd kulit asli biasanya mahal; ~ gloves, sarung tangan kulit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
complexionn 1. natural colour, appearance of skin, kulit (mukanya): a fair ~, kulit cerah; a dark ~, kulit gelap; 2. general character, wajah: the defeat suffered at the hands of the enemy changed the ~ of the war, kekalahan di tangan musuh mengubah wajah peperangan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rindn 1. hard outer layer on cheese etc, kulit ari; 2. peel of fruit, kulit: a piece of lemon ~, sekeping kulit lemon.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skin 4. (used for making leather, fur, etc) kulit: a coat of leopard ~, kot yg dibuat drpd kulit harimau bintang; more than a hundred ~s were used to make the fur coat, lebih drpd seratus keping kulit digunakan utk membuat baju itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scalpn 1. skin of the head, kulit kepala: an infection of the ~, jangkitan di bahagian kulit kepala; 2. skin and hair of the head removed from slain enemies as a trophy, (kulit) kepala:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas