Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kulit (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangat: sampil

2. Bersinonim dengan penutup: pembalut

Kata Terbitan : mengulit, menguliti,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tin poisoningkeracunan timahKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada stanum (II) klorida (formula kimia, SnCl2), iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, dan antiseptik. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, rasa menjeluak, muntah, tenesmus, cirit berair atau berdarah, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik pad a kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi tennasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Had pendedahan ialah 2 �g /L.
tambourinetamburinMuzikTiada

Alat muzik tradisional dan moden yang diklasinkasikan se­bagai membranofon jenis dram, dan idiofon jenis yang digoncang. Tamburin dimainkan dalam tradisi muzik klasik dan tradisi muzik rakyat di seluruh dunia. Baluhnya mem­punyai bingkai sempit dan diperbuat daripada kayu dengan beberapa piring logam kecil yang disisipkan antara bahagian bingkai tersebut. Terdapat dua jenis tamburin, iaitu (i) jenis dram membranofon yang mempunyai satu muka kulit. Muka kulit dipasang pada bingkai dengan paku logam. Tamburin dipegang secara menegak dengan sebelah tangan dan bing­kai atau muka kulitnya dipukul dengan tangan. Piring logam tersebut akan menghasilkan bunyi apabila dipukul. (ii) jenis idiofon yang digoncang. Tamburin ini berbingkai sempit dan piring logam dipasang pada bingkai tersebut. Alat muzik ini dipegang dengan tangan dan digoncang untuk menghasilkan bunyi. Kedua-dua jenis tamburin ini menghasilkan rentak dalam muzik.

saponinsaponinHerbaFitokimiaSebatian glikosida terbitan triterpena tetrasiklik seperti steroid atau pentasiklik seperti lupeol dan amirin. Sebatian ini mempunyai ciri bersifat sabun. Kebanyakan dakwaan aktiviti biologi seperti antiradang, antidiabetes, antilebam dan perangsang imun dikaitkan dengan kehadiran sebatian ini dalam tumbuhan tertentu. Saponin bersifat hemolitik dan toksik kepada kebanyakan haiwan berdarah sejuk. Contoh sebatian saponin ialah entadasaponin II yang terdapat dalam kulit pokok beluru.
canangcanangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Canang terdiri daripada dua jenis. iaitu (i) satu set dua biji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Canang ini dipukul dengan pemukul yang berbalut dan berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik. Alat ini dimain­kan dalam ensembel wayang kulit di Semenanjung Malaysia. (ii) satu set dua biji gong gantung berbusut, bersaiz kecil dan registernya sederhana. Alat muzik ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan secara bertingkah-tingkah dengan alat muzik lain dalam ensembel. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak dan di Sabah. Lihat juga sanang.

mongmongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand.

chromium poisoningkeracunan kromiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kromium atau sebatiannya, misalnya kali um kromat, kalium dikromat, atau asid kromik. Kromium dan kromat merengsakan dan memusnahkan sel badan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan atau kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pening, dahaga yang teramat, sakit abdomen, muntah, kejutan, dan oliguria atau anuria. Kematian adalah disebabkan uremia. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyentuhan kulit menyebabkan dermatitis dengan edema, dan pengulseran yang sembuh secara perlahan-Iahan. Penyedutan wasap kromium pada jangka masa yang lama menyebabkan pengulseran tanpa sakit, perdarahan, dan peliangan septum nasal berserta dengan lelehan nasal yang busuk. Konjunktivitis, lakrimasi, dan hepatitis akut dengan demam kuning juga pernah diperhatikan. Penemuan dalam hepatitis akut termasuk loya dan muntah, hilang selera makan, dan hati yang membesar dan menjadi lembut. Dos maut kromat terlarutkan adalah lebih kurang 5 g, dan had pendedahan kepada debu logam dan garam kromium (keadaan pengoksidaan +II dan +III) ialah 0.5 mg/m3 . Kebanyakan sebatian terlarut dan tak terlarut (keadaan pengoksidaan + VI), termasuk asid kromik, kromat, dikromat, zink kromat, plumbum(II) kromat dan bijih kromit, mempunyai had pendedahan 0.05 mg/m3. Had pendedahan kepada tert-butil kromat ialah 0.1 mg/m3, dan kromil klorida ialah 0.025 ppm atau 0.15 mg/m3. Penemuan makmal ialah kehadiran proteinuria dan hematuria, dan kerosakan fungsi sel hepatik.
colouring agentagen pewarnaHerbaPeraturan dan PemasaranBahan kimia atau bahan semula jadi yang digunakan untuk menambah warna atau mewarnai sesuatu produk herba. Penggunaan agen pewarna dalam produk kosmetik herba bergantung pada kegunaannya dan dikategorikan kepada empat, iaitu: i. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik; ii. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik kecuali yang bertujuan untuk diterapkan pada sekitar mata khususnya mekap mata dan pelucut mekap mata; iii. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang tidak bersentuhan dengan membran mukus; dan iv. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang bersentuhan sementara dengan kulit.

Kembali ke atas