Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kulit kayu yg manis dan pedas rasanya (biasanya dijadikan ramuan dlm masakan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kulit (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangat: sampil

2. Bersinonim dengan penutup: pembalut

Kata Terbitan : mengulit, menguliti,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aromatic tincturetinktur aromatikKimiaTiadaLarutan etanol daripada kulit kayu manis, bunga cengkeh atau lengkuas.
herbs and spicesrempah ratusHerbaTiadaPelbagai campuran bahan rempah dan herba seperti kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, jintan dan lada hitam. Rempah ratus digunakan dalam masakan dan penjagaan kesihatan.
cinnamaldehydesinamaldehidKimiaTiadaMinyak berwarna kuning dengan bau kulit kayu manis, berasa manis dan digunakan di dalam perisa dan wangian, C6H5CH:CHCH.
antibacterialantibakteriaHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan bakteria. Contohnya, minyak pati kulit kayu manis (Cinnamomum verum) yang bersifat antibakteria.
apple strudelstrudel epalPentadbiran PerniagaanTiadaStrudel yang berinti kepingan epal dan campuran kismis, kepingan badam dan serbuk kulit kayu manis dan dihidang bersama sos vanila.
allspicerempah tiga rasaPentadbiran PerniagaanTiadaBeri berwarna merah atau perang yang mempunyai tiga campuran rasa iaitu rasa kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pala
antibacterial compoundsebatian antibakteriaHerbaPemiawaianSebatian tulen yang mampu memusnahkan atau merencat pertumbuhan bakteria. Contohnya, sinamaldehida merupakan sebatian dalam minyak pati kulit kayu manis (Cinnamomum verum) yang bersifat antibakteria.
barkkulit kayuHerbaTiadaKulit luar yang keras pada batang, dahan pokok, akar dan ranting. Kulit ini terdiri daripada seluruh tisu di luar lapisan kambium yang mengandungi floem sekunder, korteks dan periderma. Kulit kayu utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, kulit kayu manis dan kulit kayu pulai.
volatile oilminyak meruapHerbaTiadaMinyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati.
volatile oil determinationpenentuan minyak meruap/patiHerbaTiadaProsedur penentuan kandungan minyak meruap/pati dalam bahan herba. Nilai peratusannya merupakan ukuran kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan minyak biasanya meruap/pati dalam sejumlah berat bahan diukur dengan kaedah penyulingan stim menggunakan peralatan Clavenger. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai minyak meruap/pati bagi biji buah pelaga ialah tidak kurang daripada 4.0%v/w dan bagi kulit kayu manis ialah tidak kurang daripada 1.0%v/w.
12

Kembali ke atas