Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kulit (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangat: sampil

2. Bersinonim dengan penutup: pembalut

Kata Terbitan : mengulit, menguliti,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMBURIN

Tamburin ialah sejenis alat perkusi yang terdiri

daripada gelung yang diperbuat daripada papan

nipis atau logam dengan membran (kepingan) nipis

daripada plastik atau kulit haiwan yang diregangkan

ke bahagian bertentangan. Semua tamburin

mempunyai ceper logam kecil di sekeliling gelung.

Pemain akan memegang tamburin dengan sebelah

tangan. Mereka memainkan dengan mengetuknya

pada tangan yang lain, lutut atau paha dan

menggoncangnya. Tamburin telah dipopularkan

oleh askar Turki yang dikenali sebagai Janissary

yang memainkan alat ini di dalam kumpulan

pancaragam tentera sejak tahun 1400-an hingga

awal tahun 1800-an. Pemuzik Barat mula

menggunakan tamburin pada tahun 1700-an.

Lihat juga Muzik (alat muzik).

UMUM 
KEMATU

Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan

berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit).

Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis

(lapisan kulit yang lebih dalam) dan

menyebabkannya menjadi nipis dan lembut.

Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya

kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada

sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang

tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu

mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada

badan apabila tekanan dan geseran mencederakan

kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara

jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan

sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh.

UMUM 
POKOK JUDAS

Pokok judas ialah pokok kecil yang berasal dari

selatan Eropah. Pokok judas kelihatan cantik

terutamanya pada awal musim bunga apabila

keseluruhan pokok diliputi bunga halus berwarna

samar, setiap satunya panjangnya kira-kira 2.5

sentimeter. Bunganya keluar dari kayu lama dan

ranting baru. Ia berbunga sebelum daunnya muncul.

Kulit pokok yang berwarna kemerahan adalah licin

dan kayunya keras berira rapat. Daunnya berbentuk

hati. Pokok judas mengeluarkan banyak biji dalam

lenggai yang leper, nipis. Pokok ini dikenali sebagai

pokok judas kerana kepercayaan bahawa Judas

Iscariot, pembelot Jesus Christ, menggantung

dirinya pada pokok demikian.

UMUM 

Kembali ke atas