Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.mat] | کومت

Definisi : Jw bentan (sakit semula sesudah agak sembuh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.mat] | کومت

Definisi : ; kumat-kamit bergerak-gerak (bkn bibir) spt orang menjampi, berdoa dll tanpa mengeluarkan suara: ~ mulut bomoh itu membaca jampi. mengumat-ngamitkan menjadikan kumat-kamit; menggerak-gerakkan bibir tanpa mengeluarkan suara (spt orang menjampi). terkumat-kamit dlm keadaan bergerak-gerak (bkn bibir) tanpa mengeluarkan suara; tergerak-gerak (bibirnya): ~ dia membaca buku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? Mulut pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin para pelajar. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga1. Bibir pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
2. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari.
3. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
4. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah.
5. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
6. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man.
7. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.
8. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut.
9. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang dahulunya lemah dalam pelajaran, kini bergelar siswazah.
10. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga.
Tatabahasa13.05.2020
Saya minta maaf kerana soalan yang dikemukakan tidak jelas. Soalan saya ialah : kita boleh guna FRASA apa untuk menggambarkan /describe 'bibir bergerak' . Cth, mata bergerak boleh guna 'berkelip kelip'. Terima kasihCadangan jawapan yang sesuai bagi frasa untuk menggambarkan bibir bergerak ialah kumat-kamit. Contohnya, Bibir bomoh itu terkumat-kamit mambaca jampi.Tatabahasa16.06.2021

Kembali ke atas